Ahad, 23 Mei 2010

Salahkah dia..

Apakah reaksi anda, jika sekiranya anda seorang guru yang perlu bersabar dalam apa jua hal dan keadaan, misalnya, seorang murid di dalam kelas kendalian anda bersikap agak kurang hajar. Peristiwa ini berlaku kepada penulis ketika sedang menjaga masa peperiksaan disebuah sekolah menengah, kita mulakan dengan masa mengedar kertas soalan dan juga kerta borang OMR.
Sebaik peperiksaan mahu dimulakan, pelajar anda masih lagi bercakap-cakap, berjalan-jalan, masa itulah juga baru nak pinjam, cari pensil untuk jawab kertas soalan. Hal ini benar-benar berlaku kepada penulis, apabila ditanya kepada pelajar itu, "mengapa kamu tidak membawa pensil setelah tahu hari ini akan diadakan peperiksaan?" setelah itu, pelajar itu menjawab, "alamak cikgu, saya tak tahu hari ini ada peperiksaan, sebab saya selalu ponteng", saya cuma mampu menggelangkan kepala sebagai tanda bahawa dia tidak berada disituasi yang sepatutnya. 
Rasanya itu sahaja pendekatan yang termampu untuk tahap pelajar seperti ini, lagi malang, pelajar itu terus meletakkan kepalanya dimeja dan tidur senyenyaknya, tidak berapa lama, dia diminta untu menulis nama dikertas OMR itu, jawapannya, "ala cikgu, nanti saya tulislahm kejap lagi", kemudian terus menyambung tidur, jika inilah rupanya generasi sekarang, apakah rupanya nasib masa hadapan negara, siapa yang harus dipersalahkan.
Penulis sedang cuba untuk melakukan sesuatu sebelum menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini, perkara pokok yang menjadi antara tindakannya ialah kita perlu belajar mula menumpukan kepada perkara yang sepatut dan seperlunya ditumpu, jika inginkan hasil buahan yang manis, kita perlulah menumpukan kepada punca benih yang berkualiti dan bukannya menumpukan kepada hasil jualan buahan itu. Mari sama-sama berfikir sejenak.