Ahad, 13 Disember 2009

Di satu hari Al Junaid bertemu dengan iblis L.A

Junaid mengisahkan, "Suatu kali, aku berhasrat untuk melihat Iblis. Aku berdiri di depan pintu masjid. Aku melihat seorang lelaki tua mendekat dari kejauhan. Saat aku memandangnya, kengerian merasuki diriku.
'Siapakah anda?' tanyaku. 'Yang engkau ingin temui,' jawabnya.
'Sang terkutuk,' pekikku. 'Apa yang membuatmu tidak mau sujud kepada Adam?'
lblis menjawab, 'Bagainana menurutmu, junaid, apakah aku harus, menyembah selain Nya?' "

Junaid mengatakan bahawa ia merasa bingung setelah mendengar perkataan Iblis ini. Kemudian ia melanjutkan, "Sebuah suara berkata. Padaku dari relung hatiku, 'katakanlah (tentang Iblis),' Engkau pembohong! Jika engkaa benar-benar harnba Allah yang sejati, engkau pasti rnenuruti perintah Nya. Engkau tidak akan pernah mengabaikan nya dan bermain main dengan penafian.'' "

Saat Iblis mendengar kata kata ini, dia pun memekik dengan keras, "Demi Allah, junaid. Engkau telah menghancurkanku!" Kemudian ia pun lenyap.


p/s:maka sebab itulah Allah menyarankan seperti di dalam al-Quran bahawa sekiranya kita hendak membaca al-Quran hendaklah kita mulai dengan membaca isti'azah (a'uuzu billah minasyyaitan arrajiim)

Selasa, 8 Disember 2009

Gambaran ALAM MAHSYAR



1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.


3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi..


4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.


5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.


6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.


9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.



11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


1. Pemimpin yang adil.


2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.


3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.


4.. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.


5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".


6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).


7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.


12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.


13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.


14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.
15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.
16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& 'Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.


21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.


22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam.. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.


24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.


26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :


a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.


b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.


c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.


28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.


30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.


Rujukan:


Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:


"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)


"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)


-Berpesan-pesan sesama insan-

Isnin, 12 Oktober 2009

Tentang Gembira Dan Menggembirakan


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”



 
Riwayat Ibnu Abi Dunya




Ahad, 11 Oktober 2009

alangkah lemahnya pentadbiran kewangan kerajaan BN

PEMBAZIRAN DAN KERUGIAN
1.   Beria-ia kempen ke seluruh negara menyeru rakyat berhemah ketika berbelanja, beli barangan buatan Malaysia, amalkan sikap menabung, beli yang perlu saja dan suruh rakyat menderma untuk dana negara. Tapi dia sendiri yang membazir ratusan juta ringgit untuk mahligai di Putrajaya baginya bersemayam, jet mewah Global Express untuknya bergerak dan segala serba aneka kemewahan yang tak terfikirkan oleh rakyat jelata. Sedangkan masih ada 400,000 kakitangan awam pangkat rendah (kebanyakan Melayu) belum punya rumah sendiri. Samy Vellu pula belanjakan RM1 juta hanya untuk kahwinkan anaknya S.Vellu Paari dan Shaila Nair di sebuah hotel terkemuka.
2.   Mahathir mengutamakan projek mega yang menelan belanja besar hingga mencecah angka RM 150 bilion. Antara projek-projek membazir yang muncul bawah pemerintahan Mahathir, samada secara awam atau penswastaan:
·     Multimedia Super Corridor (MSC): RM2.0 bilion. Hingga kini MSC masih gagal menarik usahawan tempatan dek kerana infrastruktur MSC yang mega-besar telah menjadi terlalu mahal dan sukar dihampiri.
·     Istana/Mahligai PM: RM200 juta yang hanya mahu dihuni oleh ‘2 orang tua’. Mahathir enggan mengakui kos berkenaan, mati-mati beliau mencanangkan bahawa belanjanya hanya sekitar RM16juta sahaja. Akhirnya, terbongkar juga bila firma arkitek yang  merekabentuk mahligai itu mendedahkan kos bina bangunan sahaja dah cecah RM110.6 juta. Kuat auta betul PM kitani.
·     Jet peribadi PM (Global Express): RM200 juta. Pesawat TUDM yang usang terhempas tak apa, pasal nak beli baru duit tak ada. Wira negara terkorban tak ada hal, asalkan jangan wira dunia ketiga yang jalan. Sehingga 30 Sept 01, kos operasi jet eksekutif ini menelan belanja RM4.8 juta [TUDM], manakala kos penyelenggaraan RM5.3 juta [Airod S/B].
·      Istana Budaya, Jln Tun Razak, KL: RM210 juta. Tapi sayang, bila ia siap keutamaan diberikan kepada pementasan yang berunsurkan budaya asing, muzik asing dan orang asing. Budaya tempatan dipinggirkan dengan pelbagai alasan [Mingguan Malaysia, 24 Feb 2002].
·      Kompleks Sukan Bukit Jalil: RM1.5 bilion
·      Sukom: RM330juta (boleh bina kompleks sukan yang besar tetapi tak mampu uruskan bekalan air di Lembah Kelang hingga terpaksa dicatu; memalukan!!) Kenyataan dariKementerian Belia dan Sukan di sidang parlimen (Ogos 1999) Sukom mengalami kerugian RM10,642,844.00 dan hutang belum selesai RM17,545,052.00
·      Replika keris gergasi: RM9 juta
·      Projek Bakun: RM13.4 bilion
·      Pusat Pentadbiran Putrajaya: RM5.2 bilion
·      Program Jaya MSN: RM160 juta
·      Velodrom Cheras: RM9 juta
·     KLIA, Sepang: RM10.5 bilion (tak termasuk kerugian airport Subang yang ditinggalkan untuk penerbangan domestik). Dan kini KLIA mula menerima pengurangan persinggahan penerbangan asing dan jumlah penumpang. 4 syarikat penerbangan menghentikan jadual persinggahan KLIA [All Nippon Airways, British Airways, Ansett, Qantas dan Lufthansa]. 
·     KLCC (Menara Kembar Petronas): RM4.56 bilion. Tapak tanah KLCC ialah bekas tapak lumba kuda. Mahathir memberi arahan kawasan tersebut ditutup dan dijual kepada Ananda Krishnan. Beliau perolehi keuntungan RM100 juta bila menjual semula tanah tersebut kepada Petronas dan turut memegang ekuiti KLCC.
·      Litar Formula 1, Sepang: RM286 juta
·      Gelanggang Lumba Kuda Tambalang, Tuaran (1983): RM40 juta, kini terbiar begitu saja
·      Projek elektronik MECCity di Pahang lingkup dengan kerajaan negeri berhutang dengan bank sebanyak RM2 bilion.
·      Projek saluran air menghubungkan Sg Besar Air Hitam, Sg Dua ke loji penapisan air Merbau Kudung, Tasek Gelugor, P. Pinang yang bernilai RM44 juta terbengkalai. 
3.   Membazir duit berjuta-juta untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran; samada menyambut kemerdekaan atau tujuan politik mereka. Sambutan hari Merdeka baru-baru ini (di seluruh negara) saja dianggarkan, RM100 juta. Untuk pertunjukan laser di KLCC saja melibatkan belanja RM10 juta. Bayangkan pula perhimpunan paksaan BN (Mahathir) berapa banyak belanja digunakan, kos pengangkutan, kos makanan (Seremban), kos stadium, kos promosi dll kos. 
4.   Pengurusan yang tidak cekap, kerja sambil lewa, tidak amanah, ketamakan dan keegoan mereka selalunya membabitkan pembaziran wang rakyat dan kerugian yang amat besar. Antaranya:
·      Kementerian Pelancongan & Kebudayaan membayar USD150,000 (RM570,000) untuk iklan melawat Malaysia di majalah Time (11 Feb 02). Di masa yang sama majalah berkenaan memburukkan Malaysia sebagai sarang pengganas.
·      Wakil rakyat BN boleh membuat tuntutan palsu dari kerajaan negeri. Sepertimana laporan BPR oleh wakil rakyat DAP Melaka ke atas KM dan 18 lagi rakannya yang melibatkan wang sejumlah RM168,099. Tuntutan berkenaan banyak melibatkan kerja-kerja parti (BN) dan bukannya untuk kemaslahatan rakyat (Harakah 1 Jun 01).
·      Pantang berkuasa atau menang dalam pilihanraya, langkah pertama mereka kesemuanya untuk diri dan keluarga sendiri. Beli kereta besar, bina rumah besar dan paling tidak repair rumah yang nak diduduki dengan kos yang tak terjangkau oleh kita iaitu RM5 juta seperti apa yang dibuat oleh Tok Uban Selangor.
·      MPPJ bertindak keras ke atas Mines Resort kerana tak bayar cukai RM9 juta. Dua banglo Mahathir di Country Height dan Mines Resort dikendalikan oleh syarikat Lim Kim Yew (kroni beliau). Sebab itu Timb Menteri Perumahan, Kayvies melompat dan membantah tindakan MPPJ.
·      Kelemahan pengurusan Perbadanan Johor (PKENJ) menyebabkan berterusan mengalami kerugian semenjak 1997. Badan itu menghadapi krisis beban hutang berjumlah RM5.4 bilion.PKNP (Pahang) pula berhutang RM1.2 bilion. 
·      Hutang kerajaan BN Trengganu sebelum dijatuhkan oleh Pas ialah sebanyak RM731.3 juta. BN Kelantan yang memerintah 12 tahun meninggalkan hutang lebih dari RM750 juta. Punyala cekap dia orang memerintah…
·      Pernas mencatat kerugian meningkat kepada RM16.39 juta bagi suku tahun pertama berakhir Mac 2001.
·      Bangunan Pularek yang dipantau/jaga oleh 10 jurutera rosak teruk setelah disiapkan melibatkan kos baikpulih bernilai jutaan ringgit, biarpun kontraktor yang sama memperbaikinya.
5.    BBMB rugi sebanyak RM2.5 bilion melalui skandal BMF/Carrian di Hong Kong (hanya Mahathir dan Kuli tahu angkara siapa). Kematian Jalil Ibrahim, yang ditugaskan untuk mengaudit BMF mati dibunuh di sana. Rugi lagi RM1.393 bilion pada Mac 1997. Dari laporan audit jawatankuasa siasatan skandal BMF, jelas menunjukkan Fleet Holding syarikat pelaburan Umno mendapat banyak faedah daripada skandal BMF.
6.   Maminco (lombong timah) rugi RM620 juta melalui tansaksi jualan bijih di London Metal Exchange.
7.   Indah Water Konsortium berhutang sebanyak RM650 juta dan diselamatkan oleh kerajaan.
8.   Skandal yang membawa kerugian kepada Bank Negara dalam perjudian tukaran matawang asing, Pound Sterling British.
9.   Skandal syarikat Perwaja. DSAI memberitahu di Dewan Rakyat pada 1995:-
a.    Kerugian terkumpul Perwaja berjumlah RM2.985 juta.
b.   Tanggungan jangkapanjang Perwaja (dalam bentuk hutang bank) sebanyak RM6,013 juta dan tanggungan semasa berjumlah RM926 juta
c.    Kontrak Perwaja diberi sebelum tender dibuat atau diluluskan, misalnya kontrak tempatan bernilai RM975 juta kepada syarikat-syarikat berkaitan dengan Datuk Kok Mah Shoon dan Ng Kim Lin
d.   Bayaran RM76.4 juta telah dibayar kepada NKK Corp. melalui Frilsham Enterprise Inc. di Hong Kong yang didapati tidak wujud.
              Ini menunjukkan negara kerugian hampir RM10 bilion akibat penyelewengan pengurusan. Dan Perwaja adalah syarikat kerajaan 100%. 1997 & 1998, kerajaan tambah beban lagi dengan meminjamkan Perwaja RM1.6 bilion.
10.  Skandal syarikat-syarikat Pendeposit Koperasi.
11.  Skandal wang PPRT di Trengganu & Kelantan berjumlah RM36.5 juta .
12. Skandal yang membawa keruntuhan Sime Bank (hampir RM2 bilion). Sime Bank mulanya dikontrol oleh bekas S/U Mahathir, Mohd Noor Yusof sebelum dijual kepada Sime Darby. Kemudiannya diambilalih oleh Kumpulan RHB. Apakah nasib bank-bank milik kerajaan terhadap hutang Hottick Investment Incorporation sejumlah RM3.2 bilion.
13. Berapakah keuntungan atau kerugian MAS akhir-akhir ini? Menurut Timb. Menteri Pengangkutan, Ramli Ngah Talib [di dalam persidangan parlimen akhir 2001]; MAS dianggarkan rugi RM750 juta setahun (± RM1 juta sehari). MAS dilaporkan sedang dibebani hutang terkumpul RM9.2 bilion dan kerugian terkumpul sebanyak RM2.5 bilion [The Star, 19 Feb 2002]. Siapa yang menanggung semua ini bila MAS kerugian besar. Tajuddin Ramli senang-senang saja diselamatkan dengan pembelian semula saham MAS. Mahathir menyalahkan peristiwa 11 Sept 01 (WTC, New York diserang) menjadi punca kerugian besar MAS. Pengurusan yang bangang, pengganas antarabangsa pula jadi kambing hitam. Dilaporkan nasi lemak yang disediakan untuk penerbangan MAS kelas pertama berharga RM125 dan mesti dibayar (oleh MAS kepada pembekal) untuk semua 12 tempat duduk samada penuh atau tidak. Wow…?
14. Perbezaan pengurusan balak di Kelantan di antara 5 tahun BN dan PAS memerintah: BN  (1985 – 1989: 158,200 hektar = RM167.6 juta) dan PAS (1994 – 1998: 30,451 hektar = RM355.85 juta). Di manakah tahap profesionaliti Umno?
15. Bekalan air untuk rakyat. Krisis bekalan air Lembah Kelang akhir 1997 hingga pertengahan 1998. Air disimpan untuk Sukom (KL 98) dan disebabkan ketidakcekapan pengurusan Puncak Niaga. Kualiti air yang dibekalkan tidak begitu diambil berat (bekalan air masin di Dungun, 1998 untuk 10,000 orang pengguna) (Selangor dengan peningkatan harga air malangnya kualiti air menyedihkan). Negara kerugian lebih RM500 juta setahun akibat kegiatan curi air (RM240 juta) dan paip bocor (RM321 juta). Yang peliknya kes begini disedari dari tahun 1995, tapi entah atas sebab apa ianya dibiarkan tanpa tindakan. Akhirnya apa yang Khir Toyo buat, senang-senangje dia naikkan harga air. Ini menunjukkan dengan jelas ketidakupayaan mereka menguruskan hal-hal yang berkait dengan rakyat. Penswastaan Syarikat Air Johor mengalami kerugian RM1.1 bilion membuktikan lagi kelemahan pentadbiran kerajaan BN/Umno.  
16. Kepincangan pengurusan ekonomi negara begitu ketara. Lihat saja isu Tabung Haji, bonus yang menurun dari 8% - 9% ke 3.25% untuk tahun 2001 – alasannya disebabkan faktor ekonomi, kehilangan wang penyimpan sejumlah RM9 juta, pelaburan yang tak kena pada tempat dan pelbagai lagi kelemahan yang ketara. Pak menteri yang bertanggungjawab hanya mengatakan wang yang hilang tersebut jumlahnya amat kecil. Bangang punya menteri! Apa dia ingat RM9 ke? Pembayaran bonus Tabung Haji yang rendah merunsingkan pendeposit. Mereka meminta ianya diuruskan dengan telus dan pelaburan dijalankan dengan tepat. Bagi Mahathir, dia hanya tahu menyindir pendeposit dengan menyatakan mereka boleh melabur dalam sistem perbankan lain kalau nak untung banyak. Selain untuk bekalan mengerjakan haji, rakyat mempercayai Tabung Haji kerana ketiadaan riba’ dan pelaburan yang halal. Bukannya untung semata-mata. Tak cukup dengan itu, kos mengerjakan haji dinaikkan saban tahun dari RM5,770 (1992) ke RM9,445 (2001) dan mungkin akan naik lagi ke angka RM10,000. Dah naik banyak macamtu, baru Pemuda Umno nak berkokok konon (BM 3/3/02). Belum pun reda dengan kehilangan wang, lagi diumumkan kehilangan RM200 juta (RM120 juta berjaya diperoleh balik) disebabkan pelaburan berisiko yang dibuat oleh pengurusan TH. Utusan, TV3 dan NST rugi besar tapi boleh beroperasi dengan biasa seolah tiada apa-apa berlaku. Utusan (RM23.05 juta), NSTP (RM1.28 bilion) dan TV3 (RM500 juta), malah bil telefon pun hutang berjuta ringgit. Disebabkan mereka ini bagaikan ‘parti komponen’ BN jadi mereka akan terus diselamatkan biarpun pincang akaun kewangannya. Terbaru diumumkan oleh kerajaan ialah dividen EPF, menyedihkan dividen boleh turun ke angka 5% terendah semenjak tahun 1967. 
17. Berura-ura nak memindahkan zoo negara. Kononnya zoo sekarang dikelilingi kepesatan pembangunan, jadi sudah menjadi tidak sesuai untuk habitat haiwan. Tapi disebalik perancangan itu, yang terselindung ialah nilai tanah zoo negara berkenaan. Berapa besar projek dapat dibangunkan di sini, berapa keuntungan yang akan diperolehi. Soal binatang pedulikan, soal kos perpindahan, kos infrastruktur baru, soal tempat yang jauh untuk dilawati – itu semua tak penting bagi mereka. Pokok pangkalnya kalau Mahathir kata pindah, maka semua monyet dan kawan-kawan dalam zoo terpaksalah mengangguk.


Sumber : http://mari209.tripod.com/2002mac/2002-1454.htm

Khamis, 1 Oktober 2009

Air Mata Ibu "aka" Wanita


Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.

"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam,
ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"


Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita. Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap
bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.


Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.


Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali
anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat
didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya
tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.


Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat
digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".


sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...

Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
http://www.hanan.com.my/

Selasa, 29 September 2009

Raya 2009 (Famili+opah atok+Sepupu+pakcik makcik)


Sekadar berkongsi suasana berhari raya ala kg, biasanya aku akan ziarah rumah-rumah sedare mara, lepas tu makan sup soto di jeti bagan datoh, sedap juge, tapi sayangnye pada hari tersebut bibir aku pecah 3, ulser dalam bahasa penjajahnya, tapi makan juga, makan dapat, cuma nikmat makan sup soto tak dapat. apa-apa pun alhamdulillah, tahun kedua aku sekeluarga beraya aidil fitri tanpa Ayah, tetapi Emak tetap ada.

beraya sakan tahun ni, macam biasa, berziarah ke sg besar, sabak bernam, teluk intan dan bagan datoh.

Ibrahim bin Ad'ham menjawab soal hati


 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

        Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar
Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang
bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami
memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?"
Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan
sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu
   tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan
   syukurnya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak
   menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   lari daripadanya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak
   bersedia baginya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu
   lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu mngubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak
    jadikan pelajaran bagi mereka.