Ahad, 30 Oktober 2011

11 GOLOGAN AHLI NERAKA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:- 1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu. 3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat. 4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta. 5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan. 6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat. 7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran. 8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat. 9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim. 10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya. 11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras. Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah: 12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat." * Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati.. (^_^)

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS 1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena?? hahaha..) 5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..) 7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!! 10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk. * Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Selasa, 11 Oktober 2011

Petua Murah Rezeki

Berikut adalah kiriman email yang saya perolehi tentang pesanan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Semoga Allah memberkati dan merahmati pengirim email tersebut juga Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. . ” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu… Berdasarkan Hadith Nabi : “Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari” Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah Kesimpulannya: - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. .. Insya Allah Allahu Akbar ! ~LB~ by: Dunia macam-macam

enam hal yang merupakan sumber kerosakan hati

Hasan al-Bashri seorang ulama' sufi mengatakan ada enam hal yang merupakan sumber kerosakan hati, yaitu: 1. Sengaja berbuat dosa kerana masih merasa ada harapan untuk bertaubat. 2. Mengajarkan ilmu tapi tidak mengamalkan. 3. Ketika mengamalkannya tidak ikhlas. 4. Makan rezeki ALLAH tapi tidak bersyukur. 5. Tidak pernah puas dengan pemberian ALLAH. 6. Memakamkan jenazah tapi tidak pernah mengambil pelajaran.

DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases: Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases. METHOD OF TREATMENT 1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water 2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute 3.. After 45 minutes you may eat and drink as normal. 4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours 5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day. 6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life. The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases: 1. High Blood Pressure (30 days) 2. Gastric (10 days) 3. Diabetes (30 days) 4. Constipation (10 days) 5. Cancer (180 days) 6. TB (90 days) 7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards – daily.. This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times. It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. Drink Water and Stay healthy and Active. This makes sense .. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals ..not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain... For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal. A serious note about heart attacks: · Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting, · Be aware of intense pain in the jaw line. · You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. · Nausea and intense sweating are also common symptoms. · 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. · Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive... A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to everyone they know, you can be sure that we'll save at least one life. Please be a true friend and send this article to all your friends you care about. http://www.wix.com/im_possible/biodisc by: Prem Kp

Tazkirah ini mengajak kita semua agar mengingati mati

Tazkirah ini mengajak kita semua agar mengingati mati. Pelbagai persediaan harus kita lakukan setiap masa dan ketika untuk menghadapi kematian – Agar kematian yang kita ingini insya-Allah tercapai – iaitu Husnul Khatimah (Penyudahan Yang Baik) Antara petanda seseorang itu mencapai Husnul Khatimah adalah seperti berikut: Sempat mengucap dua kalimah syahadah. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah: Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi. Riwayat oleh Ahmad dan Tarmizi. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah: Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur. Mati di medan perang kerana membela agama Allah. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan: Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang). Diselamatkan dari seksa kubur. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat. Diperhiasi dengan iman. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin-miskin ialah 49 bidadari). Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah. Mati kerana melahirkan anak. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah: Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin. (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya). Riwayat oleh Muslim. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah: Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid. Riwayat oleh Muslim. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan. Mati terbakar. Riwayat At-Tabrani. Mati dalam nifas. Riwayat At-Tabrani. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah: Orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid. Riwayat Tabrani. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah: Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa-apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga. Riwayat Daud. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bukhari. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah: Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid. Riwayat Abu Daud. Mati dalam bersiap-siap untuk berperang di jalan Allah. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah. Berkata Abu Laith – Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara: Mejaga sembahyang 5 waktu. Banyak bersedekah. Banyak membaca Al Quran. Banyak bertasbih. Dan hendaklah ia meninggalkan: Meninggalkan dusta. Meninggalakan sifat khianat. Meninggalkan sifat mengadu-domba. Mejaga Kencing. Wallahu a’lam. ***Mati itu sesuatu yg Pasti...sesungguhnya setiap yg bernyawa itu Pasti akan mati... Ya Allah...jika Engkau ingin menjemputku...biarlah aku dalam keadaan mengingati-Mu Ya Allah...sesungguhnya aku hamba yg lemah, selalu lalai dgn peringatan dan amaran2-Mu...kurniakanlah aku husnul khatimah...Amin Ya Robbala'lamin... by: Nur Mujahidah

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. 7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. 10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. by: Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

Isnin, 10 Oktober 2011

MANUSIA MEMPUNYAI 360 TULANG SENDI

MANUSIA MEMPUNYAI 360 TULANG SENDI! ‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim] Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani] Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut: 147 sendi di tulang belakang 25 sendi antara tulang belakang 72 sendi antara tulang dan tulang rusuk 50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?) 24 sendi di dada 2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage 18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk. 2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat). 2 sendi antara skapula dan dada 86 sendi di hujung teratas 2 sendi antara tulang scapular 6 sambungan antara siku. 8 sendi antara pergelangan tangan 70 sendi antara tulang tangan 92 sendi di hujung terbawah 2 sendi pinggul 6 sendi antara tulang lutut 6 sambungan antara pergelangan kaki 74 sendi antara tulang kaki 11 sendi di pelvis 4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx) 6 sendi antara tulang acetabulm 1 sendi sumphysis kemaluan Jumlah sendi 360 Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia. Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350. Allah SWT berfirman: “Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14) “Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4) Petikan Artikel: ‘ Every man has 360 joint bones’ oleh Dr. Zaghloul El-Naggar – quranandscience.com Imej: “http://www.quantumtheatre.co.uk/mlnotesKS2_files/image006.jpg” Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=2321 Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 ) by: Fakta : Kebenaran Islam Melampaui Sains Moden

Intipati khutbah raya TGNA 2011 yg akan dikenang sampai bila-bila.

Antara yg menarik: 1. Orang-orang yang sungguh-sungguh berkehendakkan hidayah Allah, Allah akan bagi hidayah betul-betul. 2. Pendakwah atau kita patut memilih tajuk dan isu-isu semasa yang paling hampir dengan masyarakat dalam menyampaikan ceramah, khutbah, syarahan dsb. 3. Perbincangan agama yang terlalu sukar difahami kadang2 menyebabkan masyarakat kurang cenderung kepada ilmu2 agama cthnya spt ilmu tafsir, ilmu tauhid. Dlm ilmu tauhid, TGNA membaca beberapa petikan dari Surah Qaf hingga ayat 11 yang dibaca beliau di rakaat pertama solat raya, dan mengaitkan dengan ilmu tauhid utk kenal Allah ni mudah sebenarnya. Tak perlu kompleks sgt nak huraikan ilmu tauhid. Umat Jahiliyyah dulu pun boleh terima penjelasan al-Quran yang mudah dan munasabah. (Rujuk Surah Qaf tentang Allah yang menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuhan, bijian dll.) 4. Masalah murtad di M'sia adalah salah satunya kerana kepincangan dari sudut pemahaman agama di kalangan pemimpin. Rakyat ingat pemimpin itu tahu, tapi akhirnya semua ke neraka kerana ikut mengikut yang tak betul. Malah, pemimpin pun tak boleh nak selamatkan rakyat dia sebab dia pun masuk neraka. TGNA datangkan firman Allah dari Surah al-Baqarah ayat 166-167 yang bermaksud: "(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka...(hingga akhir).." 5. Masalah muktazilah tak berbangkit lagi di masa sekarang sebab muktazilah dah lama pupus. Yang menggantikan muktazilah adalah nasionalis yang memperjuangkan kebangsaan terlampau, mengenepikan agama. 6. Nabi Muhammad SAW menyayangi umatnya, risau dan rungsing tentang umatnya sedari dunia sampailah umatnya berada di destinasi akhir samada nak masuk syurga atau neraka. Bukti, Nabi Muhammad SAW tunggu di titian sirat untuk mengecamkan umatnya "ummati..ummati..ummati..sallimhu..sallimha..(umatku umatku umatku..mintak selamat akan dia lelaki/wanita)", bimbang umatnya jatuh tersangkut pada cangkuk2 besi di gaung neraka ketika meniti..sayangnya Nabi pada kita..tapi sayangkah kita pada Nabi SAW? 7. Mengundi adalah wajib atas masyarakat M'sia dalam memilih kepimpinan negara. 8. Malulah orang2 yang berkata, bersaksi dengan Allah dan Rasul ketika azan, tasyahud dan waktu2 lain sedangkan dia masih bermaksiat pada Allah dan Rasul. Orang2 inilah yang akan dikoyak mulutnya di akhirat. Lafaz "Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah", adalah tidak tepat. Sepatutnya, "aku sanggup bersaksi." 9. Reaksi dengan melaungkan Allahuakbar apabila dikatakan, "Takbir!" adalah lebih baik dari bertepuk tangan seperti yang dilakukan segolongan pihak. 10. Aidilfitri adalah perayaan yang Allah suruh dan wajib merayakan. Bukan suatu perayaan yang biasa. Malah, lebih awla dari lain2 perayaan ( samada kemerdekaan, perayaan peristiwa2 lain ) Tak sama seperti 'perayaan2' am yang lain. Wallahua'alam. p/s: Jika ada ralat, sila betulkan. Saya tak catat, hanya ingat kat kepala je. **** Syawal 2011: Bersama-sama nota ringkas ini juga diabadikan dalam sejarah tarikh penting kepergian Almarhum Tuan Guru Haji Hasyim Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. TGNA telah menyempurnakan solat jenazah Almarhum yang dihadiri bersama Sultan Muhammad ke-V. Sekalung Al-Fatihah buat Almarhum. by: Syabab Musafir Kasih