Isnin, 10 Oktober 2011

MANUSIA MEMPUNYAI 360 TULANG SENDI

MANUSIA MEMPUNYAI 360 TULANG SENDI! ‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim] Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani] Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut: 147 sendi di tulang belakang 25 sendi antara tulang belakang 72 sendi antara tulang dan tulang rusuk 50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?) 24 sendi di dada 2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage 18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk. 2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat). 2 sendi antara skapula dan dada 86 sendi di hujung teratas 2 sendi antara tulang scapular 6 sambungan antara siku. 8 sendi antara pergelangan tangan 70 sendi antara tulang tangan 92 sendi di hujung terbawah 2 sendi pinggul 6 sendi antara tulang lutut 6 sambungan antara pergelangan kaki 74 sendi antara tulang kaki 11 sendi di pelvis 4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx) 6 sendi antara tulang acetabulm 1 sendi sumphysis kemaluan Jumlah sendi 360 Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia. Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350. Allah SWT berfirman: “Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14) “Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4) Petikan Artikel: ‘ Every man has 360 joint bones’ oleh Dr. Zaghloul El-Naggar – quranandscience.com Imej: “http://www.quantumtheatre.co.uk/mlnotesKS2_files/image006.jpg” Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=2321 Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 ) by: Fakta : Kebenaran Islam Melampaui Sains Moden