Isnin, 10 Oktober 2011

Intipati khutbah raya TGNA 2011 yg akan dikenang sampai bila-bila.

Antara yg menarik: 1. Orang-orang yang sungguh-sungguh berkehendakkan hidayah Allah, Allah akan bagi hidayah betul-betul. 2. Pendakwah atau kita patut memilih tajuk dan isu-isu semasa yang paling hampir dengan masyarakat dalam menyampaikan ceramah, khutbah, syarahan dsb. 3. Perbincangan agama yang terlalu sukar difahami kadang2 menyebabkan masyarakat kurang cenderung kepada ilmu2 agama cthnya spt ilmu tafsir, ilmu tauhid. Dlm ilmu tauhid, TGNA membaca beberapa petikan dari Surah Qaf hingga ayat 11 yang dibaca beliau di rakaat pertama solat raya, dan mengaitkan dengan ilmu tauhid utk kenal Allah ni mudah sebenarnya. Tak perlu kompleks sgt nak huraikan ilmu tauhid. Umat Jahiliyyah dulu pun boleh terima penjelasan al-Quran yang mudah dan munasabah. (Rujuk Surah Qaf tentang Allah yang menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuhan, bijian dll.) 4. Masalah murtad di M'sia adalah salah satunya kerana kepincangan dari sudut pemahaman agama di kalangan pemimpin. Rakyat ingat pemimpin itu tahu, tapi akhirnya semua ke neraka kerana ikut mengikut yang tak betul. Malah, pemimpin pun tak boleh nak selamatkan rakyat dia sebab dia pun masuk neraka. TGNA datangkan firman Allah dari Surah al-Baqarah ayat 166-167 yang bermaksud: "(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka...(hingga akhir).." 5. Masalah muktazilah tak berbangkit lagi di masa sekarang sebab muktazilah dah lama pupus. Yang menggantikan muktazilah adalah nasionalis yang memperjuangkan kebangsaan terlampau, mengenepikan agama. 6. Nabi Muhammad SAW menyayangi umatnya, risau dan rungsing tentang umatnya sedari dunia sampailah umatnya berada di destinasi akhir samada nak masuk syurga atau neraka. Bukti, Nabi Muhammad SAW tunggu di titian sirat untuk mengecamkan umatnya "ummati..ummati..ummati..sallimhu..sallimha..(umatku umatku umatku..mintak selamat akan dia lelaki/wanita)", bimbang umatnya jatuh tersangkut pada cangkuk2 besi di gaung neraka ketika meniti..sayangnya Nabi pada kita..tapi sayangkah kita pada Nabi SAW? 7. Mengundi adalah wajib atas masyarakat M'sia dalam memilih kepimpinan negara. 8. Malulah orang2 yang berkata, bersaksi dengan Allah dan Rasul ketika azan, tasyahud dan waktu2 lain sedangkan dia masih bermaksiat pada Allah dan Rasul. Orang2 inilah yang akan dikoyak mulutnya di akhirat. Lafaz "Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah", adalah tidak tepat. Sepatutnya, "aku sanggup bersaksi." 9. Reaksi dengan melaungkan Allahuakbar apabila dikatakan, "Takbir!" adalah lebih baik dari bertepuk tangan seperti yang dilakukan segolongan pihak. 10. Aidilfitri adalah perayaan yang Allah suruh dan wajib merayakan. Bukan suatu perayaan yang biasa. Malah, lebih awla dari lain2 perayaan ( samada kemerdekaan, perayaan peristiwa2 lain ) Tak sama seperti 'perayaan2' am yang lain. Wallahua'alam. p/s: Jika ada ralat, sila betulkan. Saya tak catat, hanya ingat kat kepala je. **** Syawal 2011: Bersama-sama nota ringkas ini juga diabadikan dalam sejarah tarikh penting kepergian Almarhum Tuan Guru Haji Hasyim Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. TGNA telah menyempurnakan solat jenazah Almarhum yang dihadiri bersama Sultan Muhammad ke-V. Sekalung Al-Fatihah buat Almarhum. by: Syabab Musafir Kasih