Rabu, 6 Januari 2010

Apa itu GST?



sekadar gambar hiasan

Walaupun usul ini belum dilaksanakan dalam negera kita, tapi usul zalim ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat, kesannya, negara akan menjana kewangannya, persoalannya mengapa dan kenapa perlu kerah poket semua rakyat? adakah orang-orang kaya di Malaysia sudah pupus, sebelum ini hanya orang kaya yang kena tax ini ( macam sesiapa yang makan di MacD akan  kenalah sedikit tax. Dimanakah perginya kekayaan hasil minyak negara dan juga lain-lain sumber negara yang sudah pastinya mengayakan kantong duit negara, adakah sudah tiada lagi sumber lain? persoalan yang mungkin ada yang boleh bagi jawapan secara tepat dan berfakta.

Setelah usul zalim ini (akan dibentang pada Mac 2010) dibentang di Dewan Rakyat, dengan MP BN yang mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat berbanding 82 pembangkang dan tiga anggota Bebas, maka dengan mudah sahaja usul ini akan diluluskan di perimkat Dewan Rakyat, maka bermulalah lagi episod penipuan, penzaliman, pencekikkan wang rakyat Malaysia dengan tidak mengira dari mahakah datang rakyat itu, dari kampung ke, dari pedalaman ka, dari ulu laut ka, dari dalam gua ka dan juga tempat-tempat yang sewaktu dengannya, yang selesa ialah rakyat Malaysia yang tinggal di dalam banglow yang ada beberapa bilik serta aircondition yang amat menyamankan paru-paru mereka. Apa itu GST, boleh baca sikit apa dia GST di bahagian bawah ini.


GST adalah singkatan kepada GOOD and SERVICE TAX, atau pun cukai jualan macam kita bayaq masa beli kat Mc Donald. Tetapi kali ini semua barang akan kena sales tax tak kira apa saja.

bayang kan pengilang menjual baju kepada pemborong dengan harga RM 10.00 sehalai maka dalam invois nya akan ada GST 4 atau 5 percent. maka harga akan jadi RM10.40 . Kemudian Pemborong akan jual kepada peruncit pula, katakan dia ambil untung Rm 1.00 maka dia akan kenakan Rm 11.40 + GSt 4% berapa jumlah nya tolong kira.

Pekedai pula akan ambil untung kemudian akan juga mengenalkan GST kepada pembelinya. Itu lah yang saya tahu sistem GST yang di amalkan oleh negara lain.

Masa saya kat US dulu GST tak dikenakan kepada makanan dan Pakaian kanak-kanak . itu adalah di Negari Connecticut. Negeri lain rate nya lain. Central Government tak kenakan cukai jualan. sumber : utara online