Rabu, 3 November 2010

KPM berkursus habis beratus ribu untuk staf, hasilnya, hampes

Bengang dengan pengurusan KPM berhubung ujian insak 2/11, seorang kata begini, seorang lagi kata begitu, "perhatian! kita akan mulakan ujian pada jam 8.30 pagi" arahan dari salah seorang kakitangan KPM, aku pun mula menulis kad pengenalan&nama dan nama pusat temudga, tiba-tiba datang lagi seorang kakitangan di depan dewan ujian, buat pengumuman lagi,"er.. sebenarnya ujian insak bermula jam 8.15 pagi, jadi kita akan tamatkan ujian pada jam 8.45pagi." aku rasa macam mahu baling pen di tangan ini ke muka kakitangan tu, disebabkan maklumat tu, aku kehilangan sekitar 4-5 masa untuk menjawab insak dan melayakan aku untuk memasuki acara "menembak" untuk lebih kurang 10 soalan objektif insak, sungguh hampa...


If I…

Jika aku pegawai KPM, aku minta kakitangan tersebut buat surat tunjuk sebab atas kelemahan pengurusan, KPM berkursus habis beratus ribu untuk staf, hasilnya, hampes (bahasa apa entah).

Sesi temuduga pula rezeki dapat penemuduga yang rasis, tanya itu dan ini soal berkenaan "hak melayu", "1 malaysia dan hak melayu islam", sejarah tanah melayu" , wajar? bangsa lain persoal hak melayu?" apa ni, soalan rasis, jika mahu soal, soal lah pertanyaan yang besifat "sejagat."

Tatkala mahu menjawab persoalan penemuduga ini, baru hendak jawab, mencelah, potong cakap, penumuduga apa ni, tiada etika dalam menemuduga, sudahlah pertanyaan berbaur rasis atau perkauman, cara tiada etika.

Belum saya menulis tentang cerita dari rakan-rakan yang sama-sama kena insak di situ juga sebelum ini, contohnya setelah arahan ujian diberi, baru sahaja ujian hendak dimulakan, datang seorang kakitangan insak di depan dewan, er.. sebelum itu, er.. sebelum itu, arahan lagi? Dalam masa yang sama, masa berjalan, dan kesannya, ada calon yang tidak dapat menjawab semua soalan dengan memahami soalan tersebut, apa lagi, acara menembak bermula disaat-saat akhir sesi ujian insak.

Menurut salah seorang kakitangan KPM disitu, you all pandai dari saya, sebab you all ada degree, tapi hari ini saya lebih pandai dari you all, alasannya kami tidak ikut arahan, walhal orang yang dia marahkan itu tiada di depannya, kerana "beliau" yang dimaksudkan sudah balik sebab "beliau" sudah selesai IV, kesalahan ialah kerana tidak turun ke dewan untuk memanggil calon seterusnya setelah selesai temuduga lisan dan telah menyebabkan penemuduga turun berjumpa dengan kakitangan insak bertanyakan mengapa calon tidak masuk bilik interview, maka yang di depannya jadi sasaran lontar emosi beliau. Mungkin beliau tidak tahu beza orang pandai dengan orang yang berilmu.

KPM perlu teliti semula kakitangan yang sedia ada, yang melayu Islamnya tidak bertudung, aurat tidak ditutup, yang ditutup hanyalah tubuh, amat menghampakan, Negara sudah dikenali dunia tentang Islamnya, akan tetapi jiwa-jiwa yang berkhidmat di dalam kerajaan tiada asas Islam.