Khamis, 4 November 2010

Gabungan Unsur European,Japanese Dan Malaysian Menghasilkan Proton Inspira

 Nama Inspira kini sedang hangat diperkatakan dibibir-bibir penggemar kereta berprestasi tinggi, dengan rekaan unik dan mampu membuat mata si penggemar kereta MMC pasti akan menoleh lama jika jentera ini melunsur di jalan raya.

Hasil gabungan antara teknologi canggih ini bakal menjadikan inspira suatu kenderaan sedan yang tidak boleh diperlekeh sesuka hati, yang berkualiti tetap akan disebut-sebut sebagaimana namanya.

Menurut sumber, Bagi Inspira, selain mengekalkan ciri tegar serta sporty, ia turut dibangunkan bagi memenuhi keperluan keluarga yang mahukan kereta selesa tetapi kualiti pemanduan kelas terbaik.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Meskipun hasrat PROTON untuk membuat beberapa perubahan kepada Inspira ditentang, namun selepas beberapa sesi penerangan dan ujian, mereka terkejut dengan peningkatan dibuat, sekali gus memuji usaha PROTON itu.

Menurut Pengurus Projek PROTON Inspira PROTON Holdings Bhd (PROTON), Zulkiflee Bidin, beliau mengulas bahawa peningkatan pengendalian dan keselesaan pemanduan yang dilaksanakan PROTON itu mendapat pujian MMC apabila tiga juruteranya yang ditugaskan memantau pembangunan model itu, memberikan maklum balas positif selepas memandu uji Inspira.

Dunia permotoran kini telah berubah corak, projek menghasil kenderan yang berorientasikan usaha sama adalah antara pilihan pengguna kini ketika ingin membeli kenderaan baru untuk kegunaan harian, misalnya Ssangyong berkerjasama dengan Mercedes untuk menghasilkan Rexton, MMC kerkerjasama dengan Peugot menghasilkan Outlander begitu juga Mazda dan Ford berkerjasama menghasilkan kereta yang berkualiti.

Jadi usaha Proton ini diambil dengan mengambi kira selera terkini para peminat kereta yang mahukan kualiti yang tinggi serta harga yang berpatutan, saya bukanlah mengatakan bahawa Proton sahajalah yang berkualiti, cuma minat ke arah pembaharuan teknologi, suka saya sekadar mencadangkan proton wajar mengkaji semula harga kereta nasional itu berada pada tahap sepatutnya.


INSPIRA