Punyalah lama blog ini tidak dikunjungi oleh kata2 dan ayat, kalalu tengokan tarikh akhir sekali update, memang blog ni berada dalam ketegori 'mati'.
Apu pun, saya masih lagi bersyukur sebab masih diberi izin olehNya untuk menulis sikit2.
Jadi topik yang dipilih ialah berkenaan sabar, sabar dalak berdoa, saya sendiri merupakn antara jutaan manusia yang sering berdoa memohon hajat.
Rupanya disebalik perlunya istiqamah, Nabi saw mengajar kita betapa kita perlu bersabar dalak berdoa kepada Allah SWT, kecantikan hasil bersabar dalam berdoa tidak dapat digambarkan dalam perkataan? Tidak, kerana Allah telah berkali2 berfirman dalam Al Quran berkenaan bersabar, contohnya ayat innallaha ma'assaabiriin dan banyak lagi ayat yang menjelaskan mengenainya.
Jom ikuti hadith Nabi berkenaan penjelasan bersabar dalam berdoa.
Bersabar Dalam Berdoa
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
(Muslim)
Huraian
Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.
Rabu, 11 Julai 2012
Bersabarlah wahai pemilik hati
Dicatat oleh
Mohd Hafizi Mohamad Pauzi
di
6:56 PTG
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook