Rabu, 10 November 2010

Perumpamaan

Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.
Bagai aur dengan tebing : tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh:bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang:kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembilu:perasaan yang sangat pedih


Bagai duri dalam daging:sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing : hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petang:berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku:persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit:orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali:amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga : membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuh : mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Bagai mencencang air: membuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai mural tercabut ekor: seseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin : orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata : pasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus membaiki labu : merosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk : kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperd anak ayam kehilangan ibu: berpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucing : adik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang-bayang : orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekam : dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur : muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digoreng : bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Seperti cacing kepanasan : tidak diam atau tenang; selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumput : kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka  : seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak
Seperti harimau menyembunyikan kukunya  : menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi : memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Seperti katak di bawah tempurung : orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacan : tidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bunga : seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung : seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa
Seperti langit dengan bumi : perbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenang : mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Seperti pahat dengan penukul : orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulan : mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampong : berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di beras : memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Seperti ular kena palu : jalan atau barisan yang bengkang-bengkok
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

20. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

21. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

22. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

23. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

24. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

25. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

26. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

27. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

28. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

29. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

30. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

31. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

32. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

33. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

34. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

35. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

36. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

37. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

38. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

39. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

40. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

41. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

42. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

43.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

44. berbesar hati
Maksud : Gembira.

45. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

46. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

47. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

48. batu penghalang
Maksud : Halangan

49 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
50. Bunga yang harum itu ada juga durinya
Maksud : Orang yang cantik atau kaya atau mulia itu ada juga cacat-celanya.

51. Seperti tikus yang membaiki labu
Maksud : Sesuatu usaha yang dibuat oleh orang yang kurang tahu untuk memperbaiki sesuatu yang rosak.
Kerosakan yang dibaiki itu bukannya bertambah baik tetapi bertambah teruk lagi.

52. Terlepas dari mulut harimau masuk ke mulut buaya
Maksud : Orang yang terlepas dari satu bahaya, kemudian dapat bahaya lain pula.

53. Hilang adat tegal muafakat
Maksud : Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak.

54. Baik membawa resmi* ayam betina
Maksud : Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup.
(* sifat)

55. Ditatang seperti minyak yang penuh
Maksud : Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sepenuhnya.

56. Air dicencang tiada putus
Maksud : Perbalahan atau pergaduhan antara saudara-mara tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula.

57. Bagai harimau beranak muda
Maksud : Keadaan seseorang yang sangat bengis, garang dan sebagainya.

58. Bagai itik berebutkan tembolok
Maksud : (a) Perbalahan kerana sebab yang terlalu kecil (b) Perbalahan kerana makanan atau keuntungan yang sedikit.

59. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Maksud : (a) Seseorang anak itu akan menurut sifat dan perangai ibu bapanya (b) Keadaan seseorang itu menurut asalnya.

60. Bagai Belanda minta tanah
Maksud : Hal orang yang tamak; diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua.

61. Bagai kaduk naik junjung
Maksud : Orang yang hina apabila mendapat keistimewaan (mendapat pangkat) akan menjadi mengada-ngada.

62. Bagai ayam bertelur di padi
Maksud : Hal seseorang yang hidupnya senang, tiada khuatir akan kekurangan apa-apa.

63. Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
Maksud : (a) Seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai (b) Orang yang sabar dan setia, jika dihasut boleh juga menjadi jahat

64. Berhakim kepada beruk
Maksud : Meminta pengadilan kepada seseorang yang tamak, akhirnya kedua-dua pihak mengalami kerugian.

65. Bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi
Maksud : Diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.

66. Busut juga ditimbun anai-anai
Maksud : (a) Orang kaya juga yang bertambah kekayaannya (b) Orang yang pernah bersalah juga yang dituduh jika berlaku sesuatu kejahatan

67. Garam jatuh ke air
Maksud : Seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu nasihat atau pengajaran yang diberikan kepadanya

68. Ibarat bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
Maksud : Tidak guna seseorang itu cantik molek jika dia tidak berbudi bahasa yang mulia.

69. Melepaskan anjing tersepit
Maksud : Menolong orang yang tidak tahu membalas budi, malahan kadang-kadang dibalas dengan perbuatan jahat.

70. Melepaskan batuk di tangga
Maksud : Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh.

71. Ringan tulang, berat perut
Maksud : Jika kita rajin dan tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki.

72. Sebab buah dikenal pohonnya
Maksud : Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang.

73. Seperti labah-labah cinta kepada telurnya
Maksud : Perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar dipisahkan.

74. Seperti pucuk layu disiram hujan
Maksud : (a) Memperoleh barang yang sangat diharapkan (b) Orang yang susah mendapat kesenangan, atau orang yang sakit beroleh penawar.

75. Seperti tikus jatuh ke beras
Maksud : (a) Orang yang mendapat kedudukan yang mewah (b) Seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain.

76. Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Maksud : Orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya.

77. Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
Maksud : Tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu.

78. Takut titik lalu tumpah
Maksud : Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar.

79. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : (a) Apabila kita menetap di sesebuah negeri lain, kita perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang di tempat itu.
(b) Segala suruhan atau nasihat dituruti dan dikerjakan dengan sepenuh hati.

80. Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya
Maksud : Lain negeri lain adat resam dan lain cara pemerintahannya.

81. Seperti anak ayam kehilangan ibu
Maksud : Sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau berpecah-belah akibat kehilangan pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan.

82. Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
Maksud : (a) Bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti (b) Bagaimana perbuatan/ perkataan demikianlah balas dan jawapannya.

83. Seperti mentimun dengan durian, menggolek rosak kena golek binasa
Maksud : Orang yang lemah dan bodoh kalau diserang atau menyerang orang yang berani dan pintar akan menerima kekalahan juga.

84. Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
Maksud : Perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah.

85. Bagai unta menyerah diri
Maksud: Orang yang terlalu bodoh dan terlalu lurus yang menjadi mangsa orang yang lebih pintar dan cerdik.
86. Bagai kerakap di atas batu, hidup enggan mati tak mahu
Maksud : (a) Perihal seseorang yang hidup dalam kemiskinan dan melarat
(b) Perihal seseorang yang telah lama menghidap penyakit
(c) Tanaman yang tidak tentu hidup-matinya

87. Baru hendak bertunas, sudah dipetik lama-lama matilah pokoknya
Maksud : Ibarat orang yang berniaga baru mendapat keuntungan sedikit sudah berbelanja besar, akhirnya habislah modal.

88. Batu yang bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut
Maksud : (a) Orang yang selalu bertukar kerja tidak akan mencapai kejayaan dalam kerjayanya dan sukar untuk menjadi seorang yang kaya
(b) Orang yang selalu menambah pengetahuannya tidak dapat ditipu orang

89. Berkerat rotan berpatah arang
Maksud : Putus perhubungan, tidak dapat disambung semula.

90. Besar pasak daripada tiang
Maksud : Berbelanja lebih besar daripada pendapatan yang diperoleh.

91. Biduk lalu kiambang bertaut
Maksud : Perselisihan faham yang berlaku antara saudara-mara tetapi kemudiannya dapat berbaik semula.

92. Bodoh-bodoh sepat, tiada makan pancing emas
Maksud : (a) Walaupun seseorang itu bodoh, dia masih tahu memilih yang mana baik dan yang mana buruk untuk dirinya
(b) Orang bodoh yang mendapat kecelakaan kerana pura-pura bersikap seperti orang pandai

93. Jadi umang-umang
Maksud : (a) Orang yang menyamar kerana sesuatu muslihat
(b) Barang yang sama jika berlainan keadaannya maka berlainanlah pula namanya

94. Jauhari juga yang mengenali manikam
Maksud : Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang.

95. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
Maksud : Jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah kita cuba berbuat/ melawan orang atau sesuatu yang besar

96. Kalau tidak ada helang, belalang menjadi helang
Maksud : Seseorang yang mengaku bijak serta pandai apabila dia mendapati tidak ada orang yang lebih bijak dan pandai di tempat itu.

97. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Maksud : Pengetahuan dan kelebihan itu tidak semestinya khusus pada orang-orang tua sahaja tetapi ada pada orang-orang muda.

98. Lidah bercabang bagai biawak
Maksud : Selalu berubah-ubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya.

99. Laksana wau melawan angin
Maksud : (a) Kehendak orang atasan atau orang yang berkuasa tidak dapat dihalang oleh orang bawahan ataupun orang yang lemah, jika dilawan binasalah diri
(b) Membuat pekerjaan yang tidak mungkin terkerjakan

Sumber : Blog/Web & tripod