Isnin, 25 Oktober 2010

(Surah Al-Ghasyiyah:17) إستفادة


 أفلا ينظرون إلى الإبل كيف خلقت

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?(Surah Al-Ghasyiyah:17) 

Ayat sebentar tadi merupakan suatu pertanyaan Allah terhadap kita, ternyata dan terbukti, bahawa Allah swt sentiasa ingn hambanya berfikir akan ciptaaaNya yang hebat hebat belaka, tiada satu pun ciptaanNya mendatangkan perkara sia-sia, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.


Ayat di atas dipetik sedikit untuk mengecilkan topik, yang menceriakan bahawa Allah swt mencipta seekor haiwan, suatu masa dahulu ia merupakan kenderaan pilihan utama, khususnya bangsa Arab yang sinonim dengan haiwan padang pasir ini, namum, dibelaik batang tubuh haiwan ini, ada sesuatu perkara yang menjadikan ianya unik, tidak seperti haiwan lain.

Memandangkan saya tidaklah pernah melihat sendiri dan merasai sendiri untuk memahami kenapakah Allah menggesa seluruh umat Islam untuk memikirkan sesuatu elemen unik dan menakjubkan yang ada pada unta. Diantara keunikan dan keupayaan yang sedia diketahui umum, unta boleh :

1- Unta masih boleh berjalan beberapa kilometer pada suhu sekitar 500C, Ia dapat bertahan tanpa air selama beberapa hari. Kerana Allah juga telah menjadikan tubuhnya berbeza daripada kita. Unta menyimpan air yang diminum di dalam tubuhnya untuk tempoh yang panjang dan ia menghilangkan dahaganya dengan air ini yang ia dibawanya.
2- Mulut dan bibir unta sangat kuat sehingga apabila ia menggigit, ia dapat menebuk lubang di tapak kasut. Kerana itu ia dengan mudah dapat makan tumbuhan berduri dan menghilangkan kelaparannya.

3- Bulu yang menutupi kulit unta melindunginya daripada kepanasan melampau.
4- Allah menjadikan kaki unta lebar kerana ia sering berjalan di tanah berpasir. Walaupun tubuh unta besar, tetapi ia tidak tenggelam ke dalam pasir. Tambahan pula, Allah telah menjadikan kulit di bawah kaki unta tebal. Dengan itu, tapak kakinya tidak akan terbakar.
5- Unta mempunyai dua lapis bulu mata. Bulu-bulu mata ini bergerak cepat seperti sebuah perangkap dan ia melindungi mata unta ketika ribut pasir.

Kali ini bercerita tentang seekor haiwan yang bernama Unta, esok entah apa pula haiwan yang dijadikan modal untuk menulis di blog yang tidak seberapa ini, harapannya, untuk mencambahkan neuron-neuron yang sedia wujud dalam otak ini, berfikir, mengapa, kenapa tentang perihal ciptaan Allah yang hebat-hebat belaka.

Pernah dinukil bahawa seorang penceramah berpengalaman melihat bagaimana unta diturunkan dari atas lori dan terus mahu disembelih buat jualan di gerai dagingnya, unta tadi diikat siap-siap dari ats lori, pemilik unta tadi terus "menarik" dan "menjatuhkan" unta tadi terus ke atas tanah, unta itu tercedera dibahagian kakinya, teruk juga, tetapi suatu yang peliknya, una tadi langsung tidak "berbunyi", senyap, begitulah hebatnya ketaatan unta terhadap tuannya, hebatnya ciptaan Allah, adakah kita sekarang sedang berfikir, itu dan ini tentang perihal unta yang jatuh "gedebuk" itu, fikirkan.
Bagaimana Allah swt jadikan setiap inchi perkara, sebagai petanda yang hebat bahawa alam ini diciptakan dengan penuh kebijaksanaan, cuma yang menjadi halangan kepada hidayah terhadap manusia yang mengaku diri mereka "betul" antaranya ialah rasa berkepentingan yang tidak sudah-sudah, walhal ia adalah suatu yang tidak kekal, lainlah jika kepentingan tersebut boleh dibawa sehingga ke akhirat, hakikatnya, tidak akan berkesempatan.