Sabtu, 24 April 2010

Ejekan terhadap ciptaan Allah kian jadi hal biasa

Kekuatan nilai komersial drama/filem di televisyen kini telah menenggelamkan unsur menghormati ciptaan Allah s.w.t, seakan ia menjadi perkara lazim dikalangan kita, apabila nyanyian lagu Halimah Jongang dikalangan pelajar sekolah kian terbiasa kita dengari, tatkala lagu tersebut dinyanyikan di dalam bas misalnya.
Ramai yang akan dengar dengan jelas, hal ini telah menjadikan satu anjakan paradigma di kalangan umur sebaya mereka bahawa it's ok jika kita nyanyikan lagu berkenaan kekurangan fizikal seseorang, nah!, betapa besarnya dosa si penerbit drama/filem tersebut.

Terbaru drama/filem mengisahkan tentang seseorang yang juling pula, seolah-olah semakin berleluasa, sudah ketiadaan idea barangkali, tetapi produsernya mahu juga menambah kantong dengan wang setelah drama siap dibikin dan disiarkan di stesen televisyen, kita perlu lakukan sesuatu supaya 'pelaziman' ini berleluasa dan menjadi ejen 'pengset minda' remaja mahupun anak-anak muda kita.

Lagi menyedihkan, nama tokoh agong perkembangan awal Islam dijadikan persepsi low standard menerusi drama/filem 'menyejek' ini digunakan bagi mengkomersialkan watak ini, it's ok lah juga jika nama-nama seperti susan@elizebeth digunakan jika para produser drama/filem kemaruk sangat ingin mengkomersialkan elemen ejek mengejek dalam drama mahupun filem mereka.
Jika yang diejek itu merupakan  suatu yang perlu dan patut diejek tidak mengapalah juga, tetapi perlu berilmu sebelum melakukan sesuatu .Para produser sekalian perlu tahu dan sedar peranan wanita dalam Islam, dan sejarah bahawa Halimatussaadiah adalah ibu susuan Rasulullah . Manakala Fatimah adalah anak baginda Rasulullah s.a.w. Saidina Fatimah begitu cintakan Rasulullah sehingga kewafatan Saidina Fatimah begitu dekat dengan kewafatan Rasulullah. 

Kemudian bagaimana pula hati mereka yang berfizikal sedemkian? satu hal yang mustahil mereka tidak terasa hati, terasa hati ini melibatkan ribuan manusia, manusia yang mempunyai fizikal jongang dan juling, adakah produser, pengarah serta pelakon-pelakonnya ada yang juling mahupun jongang, jawapannya tidak, jika mereka punyai fizikal sedemikian, mereka tidak akan membikin drama mahupun filem ini, jawapannya mudah sahaja, mereka tidak mahu terasa diejek. Kepada mereka yang terlibat, sempatkah kalian mahu mohon maaf dari mereka yang terasa hati dengan drama serta filem kalian? fikirkanlah sebaiknya. Mahkamah Akhirat menanti kita.