Penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarahnya yng tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman as. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba2 baginda merasa ujub atau bangga dri, dalam hatinya berkata siapakah makhluk yang tidak mahu tunduk kepadanya.
Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul- Ahmar ( Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.
Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima panglimanya agar membunuh Ar Raihul Amar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhammad dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad saw, cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib.
Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah bahawa Allah telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyida Hassan boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.
Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dgn dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian di basuhh dgn air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakinilah Doa ini kerana dengan keyakina itu insyaAllah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.
From buku Doa: pelindung dan Penawar Angin Ahmar “Stroke”: Haji Johari Haji Alias.