Salam sejahtera, semoga kita berada di bawah rahmat Allah selalu, itulah harapan bagi seluruh manusia dimuka bumi Allah ini, tanpa rahmatnya, maka terkial-kiallah seluruh manusia, bertongkat kesana dan kemari, tongkat itu pun merupakan rahmat dari Allah, terasa malu diri ini apabila memikirkan, mengenangkan, tatkala menusur kembali perjalanan hidup ini, terkadang teralai dari mengingati Mu ya Allah, setiap degupan jantung, setiap nafas, setiap kerlipan mata, seluruh anugerahMu, seperlunya aku perlu, keperluan itulah yang menjadikan diri ini lupa pada saat tertentu, ya Allah, astaghfirullah, ya Allah, jadikanlah hatiku sentiasa mengingati Mu ya Allah, lantas aku juga mengingati Rasul Mu yang engkau utus buat makhluk jenisku.
Ilmu Allah ada di mana-mana , adakala ia datang dari corong radio, ada yang datangnya dari meja kafe, malah di R&R pun kita berpeluang memperoleh ilmu Allah swt, itulah sunnatullah, mafhum dari salah satu hadis Nabi Muhammad saw, “barang siapa yang Allah berkehendak kebaikan padanya, maka Allah akan beri kepadanya kefahaman dalam soal deenul Islam”, semoga kita semua tergolong dalam kumpulan manusia ini, apa yang kita harapkan Cuma rahmat serta redhaNya, ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang tidak pernah jemu berdoa kepada Mu.
Baru-baru ini, berkesempatan mendengar satu kuliah ilmu di satu surau di dalam kawasan Sri Gombak, walaupun sekejap, tetapi kepuasan hati amat terasa, kemungkinan keikhlasan ustaz yang menyampaikan ilmu tersebut diberi Allah kesannya secara langsung, harap-harap begitulah hendaknya, huraian tafsir surah-surah tertentu, ustaz tersebut berasal dari Terengganu, teringat kepada gaya salah seorang pendakwah yang tidak asing lagi dari sana, ustaz Azhar Idrus, gayanya yang bersahaja, penyampaian ilmu yang telus, jejak dalam alam realiti masyarakat kata orang, tidak hanya sentuh secara rawak, sentuhannya menyentuh jiwa, minda, perasaan, itulah penyampaian kuliah gaya masakini, gaya yang diperlukan oleh manusia hari ini.
Di akhir kuliah, ustaz menyelitkan satu analogi yang cukup membuatkan hatiku ketawa kecil, amat terkesan, mungkin takkan aku lupa sampai bila-bila, katanya dengan ungkapan lebih kurang begini, “cuba kita pergi ke jalan Chow Kit, pagi sana kita akan jumpa mak nyah, kita akan nampok dia bising-bising, ditanye kenapa bising-bising nih, mak nyah tu jawab “tuh, ade orang tak mahu bayar service saya RM60 (lepas jual buntut;dengan izin bahasa ini diguna pakai), dah tu awak nak buat ape sekarang ni? Mak nyah jawab, “tak tahula dah nak buat macam mane dah ni” kite bagi dia cadangan, “awak pagi lah buat report polis, dan mak nyah tu jawab, “ehh, maluuuu laaaaaw, auuu.
Pada saya mak nyah ini pun tahu malu, amat kasihan apabila ada orang yang pergi mengadu ke mahkamah dengan mengatakan dirinya diliwat oleh seseorang, masuk berita, buat press conference, keluar surat khabar dan pelbagai lagi medium yang digunakan untuk menguwar-uwarkan bahawa dirinya diliwat oleh seseorang, siapakah individu itu, kita mampu sebut nama beliau, jadi sebutlah sendiri dengan segala kesedihan, kita diambang bala besar jika kita tidak melakukan apa-apa untuk mengembalikan kefahaman masyarakat bahawa bahaya fitnah ini amat dahsyat, beliau dengan senang hati mengatakan bahawa dirinya sedia menerima bala laknat, apa yang menjadi masalah buat kita semua, apabila Allah menurunkan balaNya atas perbuatan terkutuk ini, kita akan turut sama terkena tempias bala ini, ya Allah, rahmatilah kami, kuatkanlah semangat para pejuang Islam hingga ke titisan akhir perjuangan, taqabbalallahu minkum.