Isnin, 15 Februari 2010

Dah tenat, tambah tenat

Isu GST masih belum dijawab sepenuhnya oleh pencadangnya iaitu kerajaan BN sendiri, namun kesan buruknya amat jelas, belum pun usul ini dilaksanakan, sudah ada di kalangan rakyat Malaysia menerima kesan kekejaman kemelesetan ekonomi, mereka langsung tidak memikirkan golongan yang dibuang kerja ini, apa yang difikirkan hanya mahu mencari punca kewangan negara dengan mengabaikan kebajikan rakyat, oh ya, saya terlupa, mereka dan kapal-kapal mereka ada menyatakan, rakyat tidak boleh dimanjakan dengan memberi kebajikan sana dan sini, nanti mereka tidak mampu berdikari, ikuti analisisnya dari web blog seorang MP PR tentang hal penting ini.


Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Badan Bertindak Anti-GST Pakatan Rakyat.
Sekali lagi Menteri Kewangan Kedua membuat pengumuman tentang GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan. Umum mendapati bahawa terlalu banyak kekeliruan dan tidak pernah dibentang secara penuh maklumat tentang hal GST ini.
Hakikat ini diakui oleh beberapa pihak perunding professional termasuk persatuan seperti Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) seperti didedahkan oleh pelbagai penulisan majalah bisnes dan ekonomi tempatan seperti ‘The Edge Malaysia’, Malaysian Business, Star Biz, dll.
Pengumuman mutakhir ini menyebutkan sekali lagi bahawa sejumlah 40 barangan dan perkhidmatan asas seperti bahan makanan, kediaman, pendidikan, perkhidmatan, pengangkutan awam dan penggunaan bekalan air dan elektrik pada kadar tertentu tidak tertakluk kepada GST.
Umum perlu tahu bahawa apakah barang dan khidmat yang terkecuali dan mendapat pelepasan (tax exempted) dan apa pula yang berkadar sifar (zero rated) serta pihak yang terlibat dalam seluruh rantaian perniagaan juga mahu tahu apa yang dimaksudkan dengan pembayaran balik cukai (refund). Pokoknya masih banyak perkara yang kabur, termasuk faktor sistem pengurusan GST ini yang amat rumit dan cukup‘complicated.
Namun dalam peralihan sistem, khasnya GST, pengurusan dan proses pendidikan itu akan tentunya memakan waktu. Pengilang, pemborong mahupun perunict ingin tahu tentang kekerapan bayaran atau pun tuntutan atau bayaran balik yakni sistem refund, andainya cukai ‘input’ melebihi ‘output’, yang kesemua ini akan mempengaruhi aliran tunai mereka .
Dikatakan bahawa sistem cukai adalah lebih efisien dan dapat mengelakkan ketirisan dan amalan pengelakkan cukai (tax evasion dan avoidance). Dikatakan juga bahawa penyata cukai GST perlu diisi oleh pembayar cukai sebanyak 4x setahun dan peniaga tentunya memerlukan satu sistem yang cekap bagi mengurus urusniaga harian perniagaan. Hanya entiti perniagaan yang jualannya melebihi RM500,000 setahun atau RM41,600 sebulan sahaja yang tetakluk kepada sistem cukai GST. Ini masih memerlukan pelbagai penjelasan kerana peniaga juga bijak mengelak dari terkena cukai. Sebaliknya ada hal yang mungkin menggalak peniaga membayarnya kerana ada insentif lain disegi rebat. Itu pun tidak jelas.
Pun begitu, dari perspektif Badan Bertindak Anti-GST Pakatan Rakyat, bantahan dan tentangan kami adalah jelas dan tegas.
Kami sedar bahawa kerajaan BN menanggung bebanan hutang kerajaan Persekutuan yang tinggi (RM 348bilion atau 54% dari KDNK) pada tahun 2009. Peningkatan RM50.5 bilion berbanding 2008 ini merupakan tambahan hutang sebanyak 450% berbanding peningkatan RM9.2 bilion dalam tahun 2005 atau 4 tahun lalu.
Pada waktu yang sama sudah 13 tahun kerajaan Pusat mengalami defisit belanjawan dan telah membelon 7.4% dari KDNK pada tahun 2009, meskipun yg diramal hanya 3.6% pada pembentangan Bajet dalam tahun 2008. Kini kerajaan Pusat sangat-sangat tertekan dan tidak punya pilihan lain kecuali untuk mendapat sumber pendapatan baru.
Pergantungan kepada hasil minyak dan gas Petronas sudah sampai kepada paras tidak wajar. Petronas menyumbang 44.6% (RM67.8bilion) dari hasil pendapatan negara dalam tahun 2009, berbanding 20.1% (RM19bilion) dalam tahun 2004. Lonjakan kebergantungan melebihi 100%.
Dua perkara dilakukan dalam bajet 2010 bagi menambah pendapatan. Pertama mengurang subsidi dan kedua mengambil pendekatan menambah pendapatan dari sistem cukai. Pendekatan Fiskal ini tentunya meninggalkan pelbagai kesan langsung dan tidak langsung .
Ura-uranya kerajaan juga akan menggunakan kaedah Monetari juga dengan menaikkan kadar faedah (interest rate) yang telah pun mula diwawarkanoleh Bank Negara Msia (BNM). Namun ia tidak mendatang peningkatan hasil atau pendapatan yang langsung atau segera. Cuma ia dikatakan satu proses ‘normalisation’ bagi mengambil kira persikataran ekonomi dan kewangan global atau serantau yang telah berubah termasuk kadar inflasi dan nilai matawang (forex), supaya negara kekal kompetitif.
Badan Bertindak GST sekali lagi menegaskan bahawa tentangan kami adalah jelas. Kami tidaklah menentang GST di segi sistem pencukaian baru, meskipun ia tetap bersifat ‘regresif’ atau memangsakan golongan berpendapatan rendah dan mungkin menguntungkan golongan berpendapatan tinggi.
Namun kerana sistem cukai ini adalah berdasarkan kepada ‘consumption’ atau perbelanjaan, maka ia mampu dicerakin dan diatur untuk mengelakkan kesan dan akibat ’regresif’ tersebut. Sekarang ini pun kerajaan telah mula meneliti seperti diwawarkan oleh Menteri di atas. Maka lebih banyak berbelanja lebih bayaran cukainya. Orang miskin tidak berbelanja banyak. Itu difahami umum.
Akan tetapi kalau terlalu banyak barang-barang keperluan dan perkhidmatan seperti yang disebutkan oleh Menterinnya mahu dikecualikan atau diberikan ’pengecualian’ atau ’sifar cukai’ maka matlamat untuk mendapatkan penambahan pendapatan sebanyak RM1bilion dari sistem cukai GST ini berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang lama (SST) akan pasti tidak kesampaian. Ini menjadikan segala susah payah pengenalan sistem cukai ini tidak tersasar dan matlamat ini tidak tercapai.
Mentelahan kadar cukai jualan lama ialah 5% dan kadar cukai perkhidmatan lama ialah 10% dan kadar cukai GST bermula dengan 4%. Ataukah Menteri akan menggunakan ini sebagai alasan dan sebab untuk menaikkan kadar GST dalam waktu yang terdekat. Kuasa ini telah diperuntukkan dalam Rang-Undang GST ini. Menteri boleh dalam klausa rang undang-undang 10 (2, a dan b) melalui perintah yang disiarkan dalam ’Warta’ (a) menetapkan kadar cukai yang akan dikenakan ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan dan (b) Mengubah atau meminda kadar cukai.
Ini mencemaskan rakyat dan Pakatan!
Sebab itu, Badan Bertindak Anti-GST Pakatan bertegas dengan pendirian kami bahawa pengenalan GST ini mestilah didahulukan dengan memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Mengizinkan rakyat mengalami apa yang disebutkan dengan isitilah peralihan kepada ’regim pendapatan yang lebih tinggi’ dengan ekoonomi negara keluar dari perangkap ”regim berpendapatan rendah-sederhana’, dalam satu model ekonomi baru yang akan dibentang kan oleh kerajaan.
  2. Kerajaan mesti berani untuk melonjakkan negara dengan peralihan ini dan tentunya ia mesti disekalikan dengan meningkatkan produktiviti dan kegiatan nilai-tambah yang lebih tinggi berdasarkan dan berbekalkan warga kerja yang berpengetahuan. Ini lah penegasan Badan Bertindak Ani-GST Pakatan dan pendekatan ini mesti mengambil kaedah yang integrated bersekali dengan reformsi sistem pendidikan yang lebih berdaya saing.
  3. Menutup punca-punca ketirisan dan kebocoran di segi ’delivery’ atau sistem penghantaran yang lebih eifisian dan efektif dengan menangani rasuah dan kronisme khususnya disegi kegiatan perolehan GLCs dan agensi-agensi kerajaan.
  4. Menghentikan pendirian yang bersifat berbolak-balik atau ’flip-flop’ khususnya dalam pengendalian projek-projek mega kerana tanggungan kos pinjaman dan kewangan yang tinggi seperti yang berlaku dalam kes ’landasan berkembar’, PKFZ dsbnya.

Kerajaan wajar faham bahawa negara belum benar pulih dan akan mengalami pelbagai kesan dari pengurangan peruntukan belanjawan 2010. Mutakhir, kesan kepada sektor pendidikan dan pelbagai impak buruknya telah mula disaksikan. Juga perlu diingatkan kepada kerajaan bahawa seandainya rakyat dan pengguna takut berbelanja maka ‘kuasa membeli’ rakyat dan ‘consumption’ atau perbelanjaan rakyat juga akan merosot sekaligus menjejaskan ‘permintaan’ (demand-side economics) kepada barangan dan perkhidmatan dan akan membawa kesan negatif kepada aspek ‘pembekalan’ (supply-side economics). Dengan kata lain keseluruhan ekonomi yang masih lagi dalam proses pemulihan (recovery) akan terjejas! Sekali lagi persoalan penentuan masa atau “timing’ dalam hal ‘mengurus perubahan’ adalah penting dan kritikal.
Seterusnya, saya ingin ingatkan kerajaan ’Apakah mereka sedar akan akibat dari potongan belanjawan 2010, pelbagai kesan sedang ditanggung oleh rakyat, khususnya pendidikan dan sektor awam. Ada pihak awam yang memotong sehingga keparas 20% perbelanjaan mereka. Kesemua ini akan menggigitkan dalam tahun 2010 ini. Cuepac telah mengkritik kerajaan kerana memberhentikan 5000 pekerja kontrak yang telah berkhidmat selama 10-15 tahun.
Pada waktu yang sama CAP telah melaporkan bahawa barang barang keperluan harian mengalami peningkatan sehingga 40-140% dalam satu tinjauan yang mereka lakukan. Ini meletakkan persoalan untuk menangani ‘one-off’  inflasi akibat pengenalan GST apabila ia dilaksanakan menjadi satu bahan jenaka, kerana ada atau tidak GST, jelas inflasi tak boleh dikawal kerajaan. Tambahan kalau dengan GST yang dikenakan dengan tidak mencermati keperluan rakyat, maka akan bertambah parah lagi.
Terlalu banyak tandatanya yang belum terjawab. Jelasnya bagi Badan Bertindak Anti-GST, persoalan ‘timing’ atau masa perlaksanaan adalah sangat-sangat dipertikaikan. Kami harap perkara ini diambil perhatian secara serius sebelum sekali lagi, kesan daripada kesilapan tindakan polisi, akan berlaku kesan rantaian, seperti yang dilakukan kerajaan semasa menaikkan harga bahan bakar, petrol dan diesel apabila menarik baik subsidi pada Jun 2008 dahulu. Apakah GST akan mencetuskan impak buruk yang sama kepada rakyat dan negara?
Buktikan Rakyat DiDahulukan!