Rabu, 20 Januari 2010

Alahai makhluk pelik (dalam Januari 2010)


Apakah sebenarnya perjuangan yang diperjuangkan oleh anak muda ini, kita sedang sibuk dengan hal-hal dunia dan akhirat yang lebih penting dari itu, kemudian dengan penuh rasa tidak segan silu, menyatakan pula, “saya memerlukan bimbingan dan nasihat untuk saya jadi lebih bersedia apabila berada di dalam mahkamah semasa member keterangan nanti”.

Mungkin sudah matikah fungsi hati dan bahagian-bahagian yang berfungsi sebagai meningkatkan rasa malu, tidak tergamak dan berbagai lagi sumber-sumber yang menjana perbuatan yang wajar.
Si saifool
 
Dah lah FB dia ni pun macam x de orang nak join


Pada satu (dalam JAnuari 2010) hari saya berkesempatan menonton salah satu rancangan yang ditayangkan di TV3 secara live, secara keseluruhan diskusi live tersebut, telah membincangkan secara ringkas, saya mengatakan bahawa ia ringkas kerana ia hanya melibatkan dua orang sahaja, diskusi live pula ditayangkan pada masa yang tidak ramai yang mahu on tv, sebab waktu tayangannya terlalau lewat malam bagi saya, si penyoal dan si penjawab soalan yang ditanya pula amat berat sebelah (25% betul).



Malah tidak sedikit pun beliau menyatakan bahawa beliau amat kecewa dengan prestasi MP BN yang tidak hadir ke sidang yang amat penting itu, masakan tidak penting, BN hampir ‘bungkus’ kerana kemunginan tiada sumber kewangan untuk memerintah sepanjang 2010 kerana budget tidak diluluskan di peringkat DR jika tidak mendapat mejoriti mudah sekurang-kurangnya, budget yang hanya labih 3 undi (speaker Dewan Rakyat pun tak datang, apa cerita??), budget yang tidak ada nilai Integriti langsung. Yang menjadikan penulis amat hairan, bagaimana seorang MP yang kita boleh anggap dia seorang yang bijak, boleh mengatakan bahawa MP dari pihak parti pembangkang dan pemerintah sama sahaja kerana kedua belah pihak ada yang tidak hadir pada pembentangan budget tersebut, jika kita orang yang tidak mahir matematik pun pasti akan dapat agak, jumlah 70 (MP BN yang tidak hadir ke DR) dengan 19 (MP PR yang tidak hadir ke sidang) adalah satu perbezaan yang amat ketara sekali, tidak percaya buatlah dalam bentuk peratusnya, akan nampak jumlah nombor yang jelas lagi, sifir mana yang MP Datuk Ronald Kiandee ini guna untuk menyatakan bahawa MP BN dengan PR ini sama sahaja perangai mereka iaitu hanya untuk mendapatkan puslisiti sahaja untuk kawasan mereka, jadi, fikir-fikirkanlah, boleh pula beliau dilantik menjadi Timb. Speaker Dewan Rakyat.