Ahad, 13 Februari 2011

REJIM YANG ZALIM MESTI DITUKAR!


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata ‘Ali bin Abi Talib r.a:
“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Khamis, 10 Februari 2011

Sambutan Hari Kekasih Boleh Jejas Akidah

Oleh: Mohd Sukki Othman(Ustaz Shauqi)

Akhir-akhir ini budaya dan adab Melayu yang tersemat sejak sekian lama kian pudar dan terhakis. Tambah memilukan ialah adab Melayu yang kian terhakis tersebut adalah nilai murni yang terhasil daripada ajaran Islam yang suci. Apabila orang Melayu sudah melupai nilai dan ajaran Islam, maka sudah tentu segala kemuliaan bangsa akan lenyap dan hancur. Begitulah keadaannya dengan masyarakat Arab sebelum Islam, mereka dikenali sebagai masyarakat Jahiliyyah yang diselubungi dengan kehinaan. Apabila mereka menerima segala ajaran Islam, maka bangsa Arab dimuliakan Allah.

10 Penyebab Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan Oleh Allah SWT

oleh Fadhil Shaari pada
 
Suatu ketika Ibrahim Bin Adham berjalan di Kota Bashrah.Kemudian masyarakat setempat berkumpul kepadanya.Mereka bertanya:"Mengapa kami berdoa tetapi tidak dimakbulkan padahal Allah berfirman:"Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan mengabulkannya".Ibrahim Bin Adham berkata:"Wahai penduduk-penduduk Kota Bashrah hati-hati kalian telah mati kerana 10 sebab,bagaimana doa-doa kalian akan dimakbulkan oleh Allah.

Rabu, 9 Februari 2011

Tips makan Rasulullah

oleh Shukri Msi

JENIS MAKANAN


Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit.

Selasa, 1 Februari 2011