Semoga Allah tidak putus-putus mendengar rintihan seluruh hambanya yang pinginkan rahmat Allah yang amat bertuah begi sesiapa yang dikaruniakan walau setitis itu, ya Rab, kurniakanlah setitis darinya, risaukan diri andai digolongkan dalam kelompok manusia yang tidak berpeluang mendapat rahmatNya.
Kali ini teringin mahu berkongsi beberapa kisah yang diperolehi dari seorang pensyarah semasa mengikuti kuliah terakhir di Universiti Malaya dimana tempat aku menuntut ilmu, ilmu yang pelbagai, pelbagai dari segala segi aspek dan sudut, ilmu yang tidak mungkin aku temuinya di luar, segalanya ku temui di sini, bersemuka dengan para ilmuan membuatkan kita tidak menjangka ilmu yang diperolehi, kadang-kadang kita langsung tidak terfikir yang kita tidak mengetahui apa yang kita tidak arif, jadi, amat beruntung jika kita memanfaatkan peluang bersua, berbual dengan golongan ilmuan ini, sudah pastinya kita perlu kenal dahulu siapakah ilmuan tersebut (penting kerana khuatir tersalah ilmu).
Mukaddimah yang agak panjang sebelum masuk ke isi yang sebenarnya untuk penulisan kali ini, sekadar mahu berkongsi tentang beberapa kisah, kisah yang menyentuh sunnatullah, ia berlaku di sekitar kita, Cuma kita sahaja yang sedar atau tidak sedar langsung, iktibar demi iktibar, amat berguna bagi yang tidak mengalaminya, maka Allah menciptakan peristiwa terhadap seseorang hambanya untuk manfaat hambanya yang lain, tiada kekurangan walau sedikit pun terhadap hambanya yang mengalami sendiri kisah yang bakal ku ceritakan ini.
Kemaafan dipinta andai jalan cerita ini tidak menepati 100% dari cerita asal.
Ada empat kisah, kisah yang berlaku diantara anak dengan ibu bapa mereka, amat menyentuh hati aku sebagai lelaki, walaupun lelaki ini sering dikaitkan dengan hatinya yang agak ‘keras’, namun, bila mangaitkan sunnatullah sebegini, tiada jalan lain lagi.
Kisah pertama, pensyarahku menceritakan tentang kisah sebuah keluarga dengan seorang ibu mereka yang sudah agak berusia, ibu mereka sudah tidak lagi berupaya mengurus diri lantaran hayat telah dimamah usia, mereka bercadang untuk membawa ibu tersebut ke Bandar untuk dijaga dengan misi berkebajikan, maka mereka masing-masing saling mempersoalkan, boleh ke, larat ke mak nak pindah randah dari rumah anak mereka selama mak tinggal di rumah kita nanti, yelah, setiap mereka enggan menjaga ibunya secara tetap di rumah masing, mungkin beban bagi mereka sekiranya ibu mereka terus menetap dirumah selama hayat ibu mereka.
Kemudian salah seorang dari adik beradik ini mencadangkan agak emak dihantar ke pusat penjagaan warga emas, dengan harapan agar ibu tua ini mendapat keselesaan, ini kerana khuatir emak mereka sukar untuk menyesuaikan diri apabila kerap berpindah-pindah dari rumah anaknya kepada rumah anaknya yang lain selama hayat ibu mereka.
Maka permasalahan dilemma ini diajukan oleh salah seorang dari anak ibu tua ini, iaitu anak bongsu ibu ini, beliau berjumpa dengan pensyarahku, mencaritakan masalah yang menjadi dilema antara mereka, setelah memahami permasalahan ini, maka pensyarahku pergi menasihatkan sendiri kepada meraka antara adik beradik ini, akan malangnya, mereka telah sepakat mahu juga menghantar ibu tua tadi ke rumah penjagaan orang tua, keinginan ini seolah-olah tidak dapat diubah lagi setelah cuba diberi nasihat berulang kali.
Sehinggalah, pada suatu hari, pensyarahku menasihatkan kepada anak bongsu ibu tua ini yang merupakan seorang lelaki, supaya menjaga ibunya dirumahnya, akan tetapi dia enggan dengan alasan bahawa keluarga sendiri pun tidak stabil dari segi ekonomi, kerana perniagaanya sering ‘bungkus’ atau ‘gulung tikar’, inikan ingin menambah seorang lagi tanggungan (ibunya), setelah dinasihat dengan memberikan peneguhan bahawa رضى الله رضى الوالدين, maka dengan harapan itu, ditambah lagi dengan jaminan bahawa sunnatullah itu amat menjamin hidupnya setelah ibunya dijaga sendiri oleh anak bongsu itu, pensyarahku mengatakan “percayalah, rezki enta akan diberi Allah secara tda disangka-sangka andai enta jaga ibu anta”, dengan diberikan kata-katatersebut, telah membuatkan hati anak bongsu ini tergerak hati untuk menjaga ibunya, maka anak bongsu ini berbincang dengan isterinya yang merupakan penjawat dalam salah sebuah institusi kerajaan, yang merupakan tempat bergantung harap anak bongsu ini apabila perniagaannya berlaku masalah seperti yang disebut sebelum ini.
Setelah mencapai persetujuan bahawa kedua suami isteri ini akan menjaga ibu ini di rumah mereka, maka usul untuk menghantar ibu ini ke rumah penjagaan orang tua tadi telah digantikan dengan peranannya oleh anak bongsu ibu tua tersebut, hari demi hari, ibu ini dijaga dengan baik di rumah anak bongsunya, kasih dicurahkan dengan sebaik-baiknya, dedikasi terhadap ibunya kerana telah menjaga anak bongsu tadi hingga hayatnya sekarang.
Maka bermulalah sesi ganjaran bagi hambanya yang membuatkan sang ibu redha dengan hidup anaknya, redha Allah terletak di redha ibu ayah, maka benarlah ungkapan Nabi menggambarkan sunnatullah tersebut, dengan izin Allah, perniagaan anak bongsu ini telah menjadi semakin maju, rezki yang tidak disangka-sangka datang mencurah-curah tanpa henti, Allah maha kaya, ganjaran tunai diberi degan tanpa henti, perniagaannya yang maju sehingga isterinya diminta supaya berhenti dari bekerja dan menjaga ibunya secara sepenuh masa dirumah banglow baru mereka, dengan rezki Allah yang mencurah-curah tersebut, sebuah bilik khas dibina di banglow tersebut khas buat ibunya untuk berehat dan rawat dengan dilengkapi peralatan seperti di hospital, ditambah lagi dengan khidmat dua orang jururawat, seorang secara sepenuh masa, dan seorang lagi berkhidmat secara shif, ibu tua tersebut menikmati kehidupan yang amat selesa sekali, disamping rezki anak yang tidak putus-putus, maju dan semakin maju, maka keadaan ini menjadikan adik beradik yang lain iri hati dengan kesenangan hidup adik bongsu mereka, sehinggakan mereka ingin menjagi ibu tersebut sepertimana anak bongsu ini lakukan.
Akan tetapi permintaan ini ditolak mentah-mentah oleh adik bongsu mereka, dengan mengatakan “korang mampukah jaga sepertimana aku jaga emak sekarang dengan seselesa begini?”, sedar akan hakikat itu, maka adik beradik yang lain menyimpan sahaja hasrat tersebut dihati yang penuh dengan rasa tidak puas hati, setidak-tidaknya mereka sedar bahawa benarlah sunnatullah tersebut, akui setelah nampak perubahan ketara terhadap hidup adik bongsu mereka, tetapi kesedaran itu hadir setelah mereka terlambat dan terlepas peluang kemasan sebegini, begitulah sifat manusia yang ‘buta hati’, sama-samalah kita berdoa agar kita tidak digolongkan dalam ketegori ini.
Sang ibu tidak mahukan kekayaan anak mereka, hanya mahukan anaknya menjadi anaknya yang soleh, membalas jasa baiknya, telah redha akan kehidupan anaknya tadi, hari demi hari, bulan demi bulan, si ibu telah jatuh sakit, tidak lama kemudian, Allah telah menjemput ibu tadi kerahmatullah dengan penuh tenang dirumah anaknya.
Berakhirlah sudah sebuah peranan seorang anak menjaga keperluan seharian seorang ibunya, anak bongsunya terus menjalankan kehidupan seharian dengan tanpa lagi seorang ibu tersayang disisi. Apa yang membanarkan lagi sunnatullah tadi, perniagaan anak bongsu ini menjadi statik, ini bermakna perniagaannya tida mengalami naik turun, berjalan sepertimana biasa, tiada rugi, keuntungannya tidak menurun, naik mendadak pun tidak, masyaallah, begitulah Allah memberikan peluang, peluang yang tidak diperoleh oleh semua hambaNya.
Ayuh rebut peluang sementara ibu bapa kita masih ada, kasihilah mereka sepertimana mereka kasihi kita semasa kita kacil dahulu, adakah anda masih ingat? Semasa kita kacil dahulu, memanglah kita pernah dipukul, tetapi ibu bapa kita cuma ada satu pilihan, tiada pilihan lain, berbeza dengan pasangan suami isteri, jika sudah tiada jodoh, banyak lagi pilihan lain, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita, sekali ibu bapa kita meredhai serta merestui hidup kita, maka kesejahteraan hidup adalah milik kita, Allah maha kaya, itu yang adalah satu kepastian yang mutlak.
p/s : Penyarahku yang dimaksudkan ialah al-Fadhil Ustaz Dr. Zawawi bin Ismail (Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya).
Ada 3 kisah lagi, doakan supaya ada kesempatan menulis lagi .