Selasa, 27 September 2011

Daripada Anas Bin Malik ra, Nabi SAW bersabda yang bermaksud; "Permudahkanlah, jangan menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu." Riwayat al-Bukhairi dan Muslim.

Jumaat, 16 September 2011

Dahi ke mana lagi jika bukan ke sejadah

renungan bersama kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan! Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan! Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! Dengan kain kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih…. Walaupun orang yang hadir itu merintih…. Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai…. Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa…. Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus…. Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud…. Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian…. Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat…. Usunglah dirimu ke tikar Solat…. Sebelum kamu diusung ke liang lahad…. Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat! Iringilah dirimu ke masjid…. Sebelum kamu diiringi ke Pusara! Tangisilah dosa-dosamu di dunia…. Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa’! Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan! Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. .. Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan! Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan! Kerana ianya berguna untuk yang tinggal…. Bukan yang pergi! Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan! Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan! Ingatlah di mana saja kamu berada…. Kamu tetap memijak bumi Tuhan! Dan dibumbungi dengan langit Tuhan! Serta menikmati rezeki Tuhan! Justeru bila Dia menyeru,…. Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia…. memanggilmu buat kali yang terakhirnya! Ingatlah kamu dahulu hanya…. setitis air yang tidak bererti! Lalu menjadi segumpal darah! Lalu menjadi seketul daging! Lalu daging itu membaluti tulang! Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti…. Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu…. Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu! Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu…. Yang lebih agung dari malaikat! Lahirmu bukan untuk dunia…. Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat! Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’…. Dengan penuh rela dan bersedia! Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’…. Jalan kemenangan akhirat dan dunia! Ingatlah yang kekal ialah amal…. Menjadi bekal sepanjang jalan! Menjadi teman di perjalanan.. .. Guna kembali ke pangkuan Tuhan! Pada hari itu tiada berguna…. Harta, tahta dan putera…. Isteri, kad kredit dan kereta…. Kondominium, saham dan niaga…. Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!! by: Khairi Al Khawarizmean

Selasa, 13 September 2011

KOTA BHARU, 13 Sept: Kenyataan Majlis Profesor Negara kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi British disifatkan tokoh sejarah dari Universiti Malaya sebagai ‘juling sejarah’. “Bukan sejarahwan sebenarnya kalau mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya tidak faham mengapa boleh berlaku begitu,” kata Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar (gambar). Menurutnya sejarah kalau tidak dinilai semula hanya akan diboloti pihak-pihak tertentu sahaja. ”Saya masih ingat kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail meminta dinilai golongan kiri yang turut berjuang menuntut kemerdekaan,” katanya pada forum rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke IV malam tadi. Forum berkenaan dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga bertindak sebagai panelis pada forum tersebut. Sebelum itu perasmian dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebelum ini Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Zainal Kling menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi Inggeris. Pandangan itu ditolak pelbagai pihak sehingga menjejaskan kewibawaan Majlis Profesor Negara yang baru ditubuh kerajaan. Dr Mohamad berpengalaman selama 21 tahun sebagai profesor sejarah di UM berkata, tujuan mengkaji sejarah mempunyai dua makna iaitu untuk mengetahui peritiwa yang berlaku. Dan keduanya menceduk pengetahuan tentang peristiwa tersebut. Kata beliau sejarah hanya sahih sehingga ada penemuan bahan-bahan baru. Ini bermakna sejarah boleh berubah. ”Sebagai contoh sejarah Tembok Besar China diberi versi baru sekarang apabila ada kajian menyebut ribuan rakyat terkorban semasa membina tembok tersebut. ”Ini bermakna Tembok Besar China sedang ’bertutur’ dengan penderitaan rakyat,” ujarnya. Oleh itu beliau membuat tanggapan Mohamad Sabu muncul sebagai penilai sejarah baru, bila mana sebelum ini kita hanya melihat melalui satu teropong sahaja. Sebab itulah kata beliau bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan sejarah yang diajar di sekolah ada yang tidak betul. ”Permulaan isu ada penjernihan akhirnya. Kebatilan pasti luput apabila timbul kebenaran. Dan kebenaran sekarang mulai muncul sedikit demi sedikit,” ujarnya. Beliau menyimpulkan sejarah merupakan sesuatu catatan tentang perkara yang lojik dan masuk akal. Sementara itu, orang ramai yang hadir pada forum berkenaan dikejutkan dengan kejadian beberapa kenderaan disembur cat hijau oleh pihak tertentu. Mohd Nasir Ismail, 45 dari Pasir Mas berkata, keretanya jenis Ulser Toyota yang di parkir berhampiran Gelanggang Seni disembur cat hijau. Katanya, banyak lagi kenderaan milik orang lain yang diletak di situ menerima nasib yang sama. ”Ketika saya datang ke tempat kereta semasa hendak pulang saya lihat ada anggota polis di kawasan berhampiran, namun dia tidak menanyakan apa yang berlaku. ”Saya yakin pihak yang melakukan perbuatan khianat itu berani kerana kemungkinan besar mereka dilindungi kuasa politik. ”Kita boleh lihat sendiri apabila kes aktivis Gerakan Bertindak Kembali Royalti Rakyat Kelantan, Hishamuddin Ghazali yang ditampar veteran Umno beberapa bulan lalu tidak diambil sebarang tindakan biar pun laporan polis sudah dibuat,” ujarnya. Turut menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut kereta milik seorang wartawan tempatan. Difahamkan beliau sudah membuat laporan polis pagi ini