Khamis, 11 November 2010

FOMCA desak kerajaan kaji dakwaan RON95 cetus api dalam nahas

Posted on Tuesday, November 09 @ 21:33:55 PST
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: amkns

"Kaji dakwaan RON95 cetus api dalam nahasHarian Metro 9 Nov 2010KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa agensi kerajaan dan pihak berkaitan mengkaji penggunaan bahan bakar RON95.

9370 buah kenderaan terbakar di Malaysia, RON95?

Kecoh sekarang banyak kenderaan terbakar apabila berlaku kemalangan. FOMCA pula desak kerajaan kaji keselamatan perol RON95. Tapi rakyat masih ragu-ragu. Senang saja. Apa susah, minta saja Jabatan Bomba dan Penyelamat siarkan statistik terkini kenderaan yang terbakar. Data dari laman web BOMBA menyatakan dari tahun 2004 hingga 2008 sejumlah 9,370 kes kenderaan terbakar.

Rela Masuk Neraka Jahanam

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu.

Rabu, 10 November 2010

Perumpamaan

Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.
Bagai aur dengan tebing : tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh:bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang:kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembilu:perasaan yang sangat pedih

Khamis, 4 November 2010

Gabungan Unsur European,Japanese Dan Malaysian Menghasilkan Proton Inspira

 Nama Inspira kini sedang hangat diperkatakan dibibir-bibir penggemar kereta berprestasi tinggi, dengan rekaan unik dan mampu membuat mata si penggemar kereta MMC pasti akan menoleh lama jika jentera ini melunsur di jalan raya.

Hasil gabungan antara teknologi canggih ini bakal menjadikan inspira suatu kenderaan sedan yang tidak boleh diperlekeh sesuka hati, yang berkualiti tetap akan disebut-sebut sebagaimana namanya.

Rabu, 3 November 2010

KPM berkursus habis beratus ribu untuk staf, hasilnya, hampes

Bengang dengan pengurusan KPM berhubung ujian insak 2/11, seorang kata begini, seorang lagi kata begitu, "perhatian! kita akan mulakan ujian pada jam 8.30 pagi" arahan dari salah seorang kakitangan KPM, aku pun mula menulis kad pengenalan&nama dan nama pusat temudga, tiba-tiba datang lagi seorang kakitangan di depan dewan ujian, buat pengumuman lagi,"er.. sebenarnya ujian insak bermula jam 8.15 pagi, jadi kita akan tamatkan ujian pada jam 8.45pagi." aku rasa macam mahu baling pen di tangan ini ke muka kakitangan tu, disebabkan maklumat tu, aku kehilangan sekitar 4-5 masa untuk menjawab insak dan melayakan aku untuk memasuki acara "menembak" untuk lebih kurang 10 soalan objektif insak, sungguh hampa...