Jumaat, 28 Mei 2010

Luahan Pemandu Teksi


Luahan Pemandu Teksi

Antara beberapa perkara yang tidak sempat dirakam di dalam video di atas ialah:

* Nazri Aziz
Beliau rasa seperti hendak mencarut pada Nazri Aziz yang makan hasil keringat pemandu teksi. Nazri Aziz menggunakan kroninya untuk mendapatkan hasil di setiap 200-300 syarikat teksi yang ada. Bukan itu sahaja, permit teksi dikawal. Tambahnya Nazri Aziz sangat gemar dengan posisinya sekarang. Senang buat duit.

* Teksi Limo
Beliau juga mengatakan teksi biasa dilayan dengan berat sebelah berbanding teksi limo. Teksi limo yang ada di KLIA bebas mengambil pelanggan yang bukan dari KLIA. Katanya teksi limo sepatutnya kembali kosong ke KLIA dan bukannya membawa pelanggan.

* Teksi Proton Saga Baru
Kata beliau teksi semua mendapat kereta reject dari Proton. Banyak bahagian yang rosak. Semua kerosakan perlu dibaiki sendiri. Ada juga kes bocor hingga air masuk dalam kereta. Ditanya dengan Proton Saga baru, katanya kereta itu bodoh. Bootnya kecil, setelah diletak tangki NGV, maka tiada lagi ruang untuk beg.

* Sikap Syarikat Teksi
Syarikat teksi tidak pernah kisah dengan nasib atau berapa ringgit pemandu teksi dapat dalam satu hari. Apa yang penting buat syarikat, mereka hanya mahu duit sewa teksi. Jika lambat bayar, tempoh penarikan teksi lebih singkat berbanding bank. Kerana itu kes tak mahu ikut meter menjadi satu perkara biasa.

* Sambutan Terhadap Teksi
Berkenaan dengan pengangkutan sama. Apa yang beliau mahu ialah permit teksi persendirian sahaja. Kerajaan tidak patut menyekat kehendaknya dan kerajaan juga harus menukar prosedur sekarang awam yang lain. Katanya ia tidak menggugat periuk nasinya. Kerana katanya, teksi masih ada peminat yang tersendiri. Jumlah pelancong tetap.

p/s: Saya khuatir dengan keadaan ini. Para pemandu teksi yang dahulunya dijadikan telinga Mahathir (bagi mengesan penyokong Anwar). Kini mereka semua ibarat satu bom jangka. Jika semua pemandu teksi bergabung tenaga dan tahu apa yang berlaku. Nescaya nasib Nazri Aziz menjadi Mahagelap pada PRU13.

sumber : http://hanief.blogspot.com/2010/05/kenali-masalah-teksi-kita.html

Rabu, 26 Mei 2010

Berbual dgn staff SKR UM

Salam Satu Islam, elok rasanya jika perkongsian ini dibaca oleh adik-adik yang sedang mengintai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, tempat terhimpunnya manusia yang menyimpan cita-cita menggunung tinggi.
Saya berbual dengan seorang staff UM yang bertugas di bahagian kemasukan dan rekod, beliau terlibat dalam soal memilih calon yang bakal ditawarkan untuk mengikuti pengajian di Universiti aku menuntut sekarang, katanya, seluruh wakil SKR dari universiti awam di Malaysia akan bermesyuarat di sebuah hotel, ini disebabkan jumlah staff yang terlibat adalah teramat ramai, bayangkanlah, setiap universiti akan menghantar 7-8 orang wakil untuk bermesyuarat, agendanya tertumpu kepada pemilihan kriteria calon yang telah  membuat permohonan UPU (online) untuk memasuki universiti.

Pada kebiasaannya mesyuarat itu akan memakan masa berjam-jam sehingga berlarutan ke lewat malam, ini disebabkan ada beberapa universiti yang tidak menghantar wakil mereka seperti yang diminta oleh KPT, maka disebabkan pengurusan segelintir universiti yang tidak efisien inilah, kerja-kerja pengagihan calon sarjana muda ke universiti ini lewat habis.

Rupa-rupanya universiti Malaya lah yang paling awal memilih calon sarjana muda mereka, dan kerja-kerja pemilihan calon sarjana muda UM telah selesai awal lagi, berbanding dengan segelintir universiti lain yang lewat hadir mesyuarat pun ada, ini mungkin disebabkan pengurusan universiti tertua ini telah mempunyai pengalaman yang banyak, maka soal pengurusan telah hadam sebaiknya, segelintir universiti yang dimaksudkan itu, carilah sendiri, yang mana ada jolokan melay's univ tu faham-faham sahaja lah.

Kriteria yang terbaik, akan dipilih oleh universiti tertua dalam ketegori universiti perdana, calon srjana muda akan dipilih sekiranya pelajar memiliki prestasi akademik yang bagus, bukan sahaja bagus dalam akademik, bahkan dalam bidang ko-k, terbaik dalam ko-k yang dimaksudkan ialah, pelajar tersebut mestilah bergiat aktif dalam persatuan atau mana-mana kelab semasa disekolah.

Aktif pula bukanlah sekadar memegang jawatan AJK unit, contohnya AJK cenderahati dan lain-lain bidang tugas yang termasuk dalam ketegori jawatan bawahan. Aktif cemerlang ko-k yang dimaksudkan ialah mestilah pelajar tersebut menjadi MT dalam persatuan atau kelab atau badan pelajar, contohnya ketua pelajar, setiausaha agung kelab atau persatuan, presiden kelab atau pengerusi persatuan dan lain-lain jawatan yang dikegorikan dalam majlis tertinggi.

Dahulu penulis pernah dilantik menjadi presiden kelab Taekwondo semasa di ma'ahad dahulu, mungkin kriteris itulah yang menjadi asbab aku dipilih ke universiti tertua negara ini. Kebanyakan pelajar yang memasuki univesiti selain ketegori perdana ini, nama-nama mereka akan dimasukkan ke universiti yang segelintir seperti yang dimaksudkan sebentar tadi.

Jadi tip-tip tadi diharap dapatlah diambil manfaat bersama, ingat, kita tidak boleh sibuk belajar sahaja, perlu juga fikir bagaimana hendak memanfaatkan batang tubuh anda sebaiknya untuk manfaat manusia di sekeliling anda, begitu juga setelah anda layak ke menara gading nanti, jika rutin itu tidak dibawa dan dilangsungkan pada peringkat universiti, maka anda akan berada dalam ketegori produk gagal sistem pendidikan negara.

Kerana semasa disekolah anda dididik untuk memanfaatkan jasmani, emosi, rohani dan intelek anda kepada masysrakat umum, tapi ada yang sudah layak ke universiti, tapi apa yang menjadi rutinnya hanyalah mengadap laptop dengan bermain game, layari internet 20 jam sehari, pergi ke kafeteria, bersosial dengan lain jantina tan hingat, ketawa sana ketawa sini, ke kelas atau kuliah balik tidur, langsung tidak memanfaatkan diri kepada persekitaran dia, inilah produk gagal sistem pendidikan, jangan contohi teladan busuk ini. Ayuh ubah paradigma.   

Ahad, 23 Mei 2010

Salahkah dia..

Apakah reaksi anda, jika sekiranya anda seorang guru yang perlu bersabar dalam apa jua hal dan keadaan, misalnya, seorang murid di dalam kelas kendalian anda bersikap agak kurang hajar. Peristiwa ini berlaku kepada penulis ketika sedang menjaga masa peperiksaan disebuah sekolah menengah, kita mulakan dengan masa mengedar kertas soalan dan juga kerta borang OMR.
Sebaik peperiksaan mahu dimulakan, pelajar anda masih lagi bercakap-cakap, berjalan-jalan, masa itulah juga baru nak pinjam, cari pensil untuk jawab kertas soalan. Hal ini benar-benar berlaku kepada penulis, apabila ditanya kepada pelajar itu, "mengapa kamu tidak membawa pensil setelah tahu hari ini akan diadakan peperiksaan?" setelah itu, pelajar itu menjawab, "alamak cikgu, saya tak tahu hari ini ada peperiksaan, sebab saya selalu ponteng", saya cuma mampu menggelangkan kepala sebagai tanda bahawa dia tidak berada disituasi yang sepatutnya. 
Rasanya itu sahaja pendekatan yang termampu untuk tahap pelajar seperti ini, lagi malang, pelajar itu terus meletakkan kepalanya dimeja dan tidur senyenyaknya, tidak berapa lama, dia diminta untu menulis nama dikertas OMR itu, jawapannya, "ala cikgu, nanti saya tulislahm kejap lagi", kemudian terus menyambung tidur, jika inilah rupanya generasi sekarang, apakah rupanya nasib masa hadapan negara, siapa yang harus dipersalahkan.
Penulis sedang cuba untuk melakukan sesuatu sebelum menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini, perkara pokok yang menjadi antara tindakannya ialah kita perlu belajar mula menumpukan kepada perkara yang sepatut dan seperlunya ditumpu, jika inginkan hasil buahan yang manis, kita perlulah menumpukan kepada punca benih yang berkualiti dan bukannya menumpukan kepada hasil jualan buahan itu. Mari sama-sama berfikir sejenak.

Sabtu, 8 Mei 2010

Al-Fadhil Ustaz Wong Fei Hung

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China.

Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan
jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

Sumber : http://idhamlim.blogspot.com