Jumaat, 26 Mac 2010

Jangan pertimbangkan yang TETAP HARAM

قال تعالى : ((الذين يأكلون الربا لا يقومون إلا كما يقوم الذي يتخبطه الشيطان من المس ، ذلك بأنهم قالوا إنما البيع مثل الربا ، وأحل الله البيع وحرم الربا ، فمن جاءه موعظة من ربه فانتهى فله ما سلف وأمره إلى الله ومن عاد فأولئك أصحاب النار هم فيها خالدون (275) يمحق الله الربا ويربي الصدقات ، والله لا يحب كل كفار أثيم (276) إن الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وأقاموا الصلاة وءاتوا الزكاة لهم أجرهم عند ربهم ولا خوف عليهم ولا هم يحزنون (277) يا أيها الذين ءامنوا اتقوا الله وذروا ما بقي من الربا إن كنتم مؤمنين (278) فإن لم تفعلوا فأذنوا بحرب من الله ورسوله ، وإن تبتم فلكم رؤوس أموالكم لا تظلمون ولا تُظلمون (279) وإن كان ذو عسرة فنظِرةٌ إلى ميسرة ، وأن تصدقوا خير لكم إن كنتم تعلمون (280) واتقوا يوما ترجعون فيه إلى الله ثم توفى كل نفس ما كسبت وهم لا يُظلمون (281))) سورة البقرة

ٍSudah jelas lagi bersuluh, begitulah adilnya Allah swt yang menjadikan segenap hukum hakam berkaitan perkara di kehidupan kita, kadang-kadang kita amat gelojoh mengejar sesuatu yang telah termaktub perihal haramnya, bukan tidak tahu, tetapi amat malang bagi sesetengah manusia yang tidak merasa dirinya tamakkan sesuatu dengan mengabaikan rantaian akibat yang dirancang bakal menjana 'poketku'.
Begitulah citra umat masakini yang trmakan pujuk rayu iblis laknatullah 'alaih, di negaraku juga tidak terlepas.
Tidak terlepas dengan ancaman negotiation iblis ini, bahkan kerisauan yang teramat terasa dihati apabila ia melibatkan pimpinan negara, maksiat terang-terangan dan besar-besaran, siapakah gerangan jenis judi ini? maka jawapannya ialah judi, tidak cukup dengan lesen yang boleh dikira besar juga contohnya seperti syarikat gergasi (dalam gambar) berapa ramai muslim yang keluar masuk dari premis ini.
Seramai itulah yang akan menyalahkanmu wahai pemimpin sekalian. Terbaru, lesen perjudian sukan pula mahu dipertimbangkan, rentetan piala dunia sudah hampir menjelang tirai pembukaannya. fikirkan.

Isnin, 22 Mac 2010

Mengimbau sejarah Perjanjian Pangkor

Perak pada masa itu merupakan
pengeluar bijih timah utama 
yang mendahului United Kingdom 
pada abad ke-19

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 di antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor.

Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasa di Hulu Perak dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit, daripada pangkat sultan tetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen 1,000 ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.

Perak pada masa itu merupakan pengeluar bijih timah utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, menganggap Perak sebagai satu negeri yang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil seperti Perang Larut dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina mengganggu perniagaan bijih timah ketika itu.

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan Raja-raja Melayu, baginda adalah sultan yang sah oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja (regalia). Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di Hulu Perak.

Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan Hai San yang dipimpin oleh Chung Keng Quee untuk merebut lombong bijih timah.

Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk menyelesaikan dua masalah tersebut. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya "The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada tahun 1892 oleh G.P Putnam dan Anak-anak), Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris. Pada 26 September 1872, Chung Keng Quee menghantar petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta campurtangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang-orang Chung San. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan monopoli perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874.

Perjumpaan mesyuarat Raja Muda Abdullah, Sir Andrew Clarke dan beberapa Orang-orang Besar Perak tanpa kehadiran Sultan Ismail dan Raja Yusuf di Pulau Pangkor pada 20 Januari 1874 telah menghasilkan Perjanjian Pangkor dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

Raja Muda Ibrahim diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat Residen British hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat Residen British.

Raja Ismail tidak mengiktiraf perjanjian tersebut tetapi nasi sudah menjadi bubur. Raja Abdullah diiktiraf Inggeris sebagai sultan dan Sir James W.W. Birch menjadi Residen Inggeris yang pertama di Perak. Berikutan dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu.

Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang Melayu Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh Birch yang berjaya dilakukan pada tahun 1875 di Pasir Salak. Kejadian ini mengakibatnya beberapa siri peperangan antara Melayu Perak dan Inggeris hingga tahun 1876.

Ramai wira negeri Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain. Sultan Abdullah pula disingkir ke Pulau Seychelles.

Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya dibunuh oleh Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu.

Dengan berjaya membantutkan penentangan Melayu, Inggeris berjaya mengukuhkan kedudukannya di Perak dan kemudiannya membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah. Perak bersama Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang kemudiannya dikenali dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
sumber : http://malaysiasensasi.blogspot.com/search/label/Sejarah

Khamis, 18 Mac 2010

Hikmah Allah


Salam sejahtera, semoga kita berada di bawah rahmat Allah selalu, itulah harapan bagi seluruh manusia dimuka bumi Allah ini, tanpa rahmatnya, maka terkial-kiallah seluruh manusia, bertongkat kesana dan kemari, tongkat itu pun merupakan rahmat dari Allah, terasa malu diri ini apabila memikirkan, mengenangkan, tatkala menusur kembali perjalanan hidup ini, terkadang teralai dari mengingati Mu ya Allah, setiap degupan jantung, setiap nafas, setiap kerlipan mata, seluruh anugerahMu, seperlunya aku perlu, keperluan itulah yang menjadikan diri ini lupa pada saat tertentu, ya Allah, astaghfirullah, ya Allah, jadikanlah hatiku sentiasa mengingati Mu ya Allah, lantas aku juga mengingati Rasul Mu yang engkau utus buat makhluk jenisku.
Ilmu Allah ada di mana-mana , adakala ia datang dari corong radio, ada yang datangnya dari meja kafe, malah di R&R pun kita berpeluang memperoleh ilmu Allah swt, itulah sunnatullah, mafhum dari salah satu hadis Nabi Muhammad saw, “barang siapa yang Allah berkehendak kebaikan padanya, maka Allah akan beri kepadanya kefahaman dalam soal deenul Islam”, semoga kita semua tergolong dalam kumpulan manusia ini, apa yang kita harapkan Cuma rahmat serta redhaNya, ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang tidak pernah jemu berdoa kepada Mu.

Baru-baru ini, berkesempatan mendengar satu kuliah ilmu di satu surau di dalam kawasan  Sri Gombak, walaupun sekejap, tetapi kepuasan hati amat terasa, kemungkinan keikhlasan ustaz yang menyampaikan ilmu tersebut diberi Allah kesannya secara langsung, harap-harap begitulah hendaknya, huraian tafsir surah-surah tertentu, ustaz tersebut berasal dari Terengganu, teringat kepada gaya salah seorang pendakwah yang tidak asing lagi dari sana, ustaz Azhar Idrus, gayanya yang bersahaja, penyampaian ilmu yang telus, jejak dalam alam realiti masyarakat kata orang, tidak hanya sentuh secara rawak, sentuhannya menyentuh jiwa, minda, perasaan, itulah penyampaian kuliah gaya masakini, gaya yang diperlukan oleh manusia hari ini.

Di akhir kuliah, ustaz menyelitkan satu analogi yang cukup membuatkan hatiku ketawa kecil, amat terkesan, mungkin takkan aku lupa sampai bila-bila, katanya dengan ungkapan lebih kurang begini, “cuba kita pergi ke jalan Chow Kit, pagi sana kita akan jumpa mak nyah, kita akan nampok dia bising-bising, ditanye kenapa bising-bising nih, mak nyah tu jawab “tuh, ade orang tak mahu bayar service saya RM60 (lepas jual buntut;dengan izin bahasa ini diguna pakai), dah tu awak nak buat ape sekarang ni? Mak nyah jawab, “tak tahula dah nak buat macam mane dah ni” kite bagi dia cadangan, “awak pagi lah buat report polis, dan mak nyah tu jawab, “ehh, maluuuu laaaaaw, auuu.

Pada saya mak nyah ini pun tahu malu, amat kasihan apabila ada orang yang pergi mengadu ke mahkamah dengan mengatakan dirinya diliwat oleh seseorang, masuk berita, buat press conference, keluar surat khabar dan pelbagai lagi medium yang digunakan untuk menguwar-uwarkan bahawa dirinya diliwat oleh seseorang, siapakah individu itu, kita mampu sebut nama beliau, jadi sebutlah sendiri dengan segala kesedihan, kita diambang bala besar jika kita tidak melakukan apa-apa untuk mengembalikan kefahaman masyarakat bahawa bahaya fitnah ini amat dahsyat, beliau dengan senang hati mengatakan bahawa dirinya sedia menerima bala laknat, apa yang menjadi masalah buat kita semua, apabila Allah menurunkan balaNya atas perbuatan terkutuk ini, kita akan turut sama terkena tempias bala ini, ya Allah, rahmatilah kami, kuatkanlah semangat para pejuang Islam hingga ke titisan akhir perjuangan, taqabbalallahu minkum.

Selasa, 16 Mac 2010

10 PESANAN TARBIYAH SHEIKH YUSUF MUHIDIEN AL-BAKHOUR AL-HASANI

1. Hendaklah mengenal orang yang kamu pilih sebagai sahabat
2. Senantiasa bermuzakarah dengan Syeikh (Murobbi) atau Pengasuh
3. Jangan tinggalkan zikir dan majlis ilmu
4. Muhasabah sebelum tidur akan perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan
5. Berhusunu-dzon (baik sangka) kepada orang lain
6. Pertimbangkanlah sebelum berbuat dan bertindak
7. Gunakan pelbagai kesempatan dengan perkara-perkara yang baik dan jangan bermalas-malas 8. Perbanyak ibadah-ibadah sunat, khususnya di waktu malam hingga fajar
9. Senantiasa lahirkan (perbahrui) semangat dan tidak menunda-nunda dalam melakukan kebaikan
10. Jadikanlah kekeliruan dan kesalahanmu sebagai pelajaran baru atau pesan rahsia dari Allah untuk kesempurnaanmu

Oleh:
Sheikhna Sidi Rohimuddin Al-Bantani (khalifah Sheikhna Yusuf Al-Hasani)

sumber:http://sang-musafir.blogspot.com

Selasa, 9 Mac 2010

Hadith tegahan

 Gamar sekadar hiasan
Pernah juga diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Nabi SAW pergi beriktikaf di sebuah masjid lalu kedengaran bunyi bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid, lalu Nabi SAW segera menyelak langsir (kerana rumah nabi di sebelah masjid ) lalu berkata " Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran " ( Riwayat Abu Daud : 1332)
p/s : jadi agak2lah bagi yang suka baca kuat2 ketika ada orang yang sedang solat disekitar anda.

Isnin, 8 Mac 2010

SOLAT JAMAK DAN QASAR


 
Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
 
Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
2. Berturut-turut kedua-dua solat.
3. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظُّّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


Sumber : http://www.tayibah.com/eIslam/solat_jamak_dan_qasar.htm

Isnin, 1 Mac 2010

Tiada rahmat Allah bagimu (siri 1)

 
Ayat di atas adalah dalil bahawa tiada lagi rahmat bagi iblis, asalnya mereka merupakan makhluk Allah yang dikurniakan dengan rahmat dari Allah swt yang tiada tandingannya itu. Betapa ruginya iblis, akan tetapi mengapakah golongan iblis tidak sedar lagi akan perihal ini, pada pandangan kasarnya, jawapannya yang boleh dijawab setakat ini ialah sikap sombong takabbur yang amat tebal, tebal yang tidak dapat digambarkan.
Maka tidak hairanlah mengapa wujud golongan manusia yang berpendirian sebagaimana iblis ini, punca kepada segala masalah dimuka bumi telah membantuk sepasukan punca masalah setiap makhluk yang menghuni bumi Allah swt, tidak sedarkan diri kerana iblis dan konco-konco amat pakar dalam menyediakan gerombolan manusia yang sama dan seangkatan dengan sikap mereka ( iblis ).
Sesama manusia yang berorganisasi pastinya akan terbentuk beberapa plan perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat, maniefstasi kepada gerak kerjanya ialah rangka kerja yang tersusun, perkara sama juga berlaku di kalangan iblis, mereka juga merancang dengan baik untuk menyesatkan manusia, masekan tiada sebarang perancangan teratur, mereka dahulu ada sebelum malaikat.
Jadi, kelompok pejuang Islam perlu belajar sesuatu tentang ilmu strategik, salah satu kebaikannya ialah ia berkemampuan untuk mengatasi sebarang perangan jahat mengatasi kebaikan, konco-konco iblis ini telah diperdaya dengan hebat dan amat berjaya, sehingga ada di kalangan kita yang tidak sedar bahawa beliau sedang menyokong dasar iblis ini, iaitulah menggangu sistem kerja islah sesama manusia, bukan sekadar mengganggu, bahkan merosak serta menghancurkan.