Jumaat, 26 Februari 2010

Sejarah Yang Di Gelapkan Oleh Sang Pemerintah : Jatuhnya Empayar Melaka kerana pemimpin yang celaka!

12 Rabiul Awal 1431H.
http://kraiutara.blogspot.com

Kejatuhan Empayar Melayu Melaka Satu Konspirasi
hijabulcrewz.blogspot.com

Sekali lagi sejarah digelapkan. Gelap dan semakin malap dek kerana ramai antara kita yang malas mengkaji dan menggali asal-usul sejarah tamadun kita. Kita hanya menerima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku teks sejarah di sekolah, universiti dan lain-lain pusat pengajian tinggi.

Saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja.

Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.

Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?

Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?

Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak Melayu kalah? Kuno dan mundur ketinggalan zaman.

Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?

Jawapannya tidak sama sekali. Malah, ada kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan melayu di nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol. Catatan-catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan melayu lain di Asia Tenggara.

Malahan, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriam-meriam yang berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara. Apakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki pelabuhan paling kaya di timur menjadi buta dan tuli tidak mendapatkan senjata-senjata ini daripada kerajaan-kerajaan yang berjiran sedangkan kerajaan-kerajaan Eropah, Timur Tengah, India dan Cina mahupun Jepun berebut -rebut ingin mendapatkan senjata-senjata ini daripada nusantara ini ???

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?

Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri.

Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno. Dari dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam-meriam besar, pemuras, istinggar dan lain-lain senjata api. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan. Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang. Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.

Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak. Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?

Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka. Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang?

Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah. Tiada satu pun yang menyebut tentang angkatan tentera laut Melaka yang ikut mempertahankan kota Melaka. Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?

Memang perlu diakui bahawa Sultan yang memerintah Melaka ketika itu telah melakukan kesilapan besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang gilakan kuasa serta korup. Sultan Melaka ketika itu juga dikatakan sering berfoya-foya dengan penzinaan dan arak.Wallahualam.

Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?

Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot. Si Kitol dan Raja Mendeliar sudah pasti. Namun, masih ada pembelot yang lain yang terlepas daripada catatan sejarah.

Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah baginda menyesal atas segala perbuatannya dahulu?
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!”

Jadi, semua rakyat Malaysia boleh mengambil pengajaran daripada peristiwa kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini. Pemimpin yang korup serta tidak amanah menjual kedaulatan negara haruslah diganti dengan pemimpin yang amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara serta yang paling penting mengamalkan perintah Allah dan rasulnya.

Sekian.

Ahad, 21 Februari 2010

Pemakanan HALAL, sejauhmanakah kepekaan kita

Isu ini merupakan isu yang sudah lama orang ramai bincangkan untuk mencari jalan penyelesaian bagi seluruh umat Islam, tujuannya untuk selamat dari apa-apa serangan ke arah kerosakan para pelapis harapan Deenul Islam, jika rosak isi dalaman umat Islam, maka tingkah dan lakunya pun akan turut sama menuju ke arah kerosakan, ini serangan alaf baru yang dijana oleh musuh Islam, semua perlu ambil tahu, terutamanya tentang makanan-makanan yang dibungkus secara pek, lebih-lebih lagi pek tersebut dibungkus oleh pengusaha bukan muslem, buktinya tiada di depan mata kita, tetapi berdasarkan email berantai yang diforward oleh rakan, timbul rasa ingin mengelak segala kemungkinan yang tidak dingini merasap dalam hati setiap muslem.
Kod-kod di bawah merupakan kod yang digunakan oleh syarikat pengeluar makanan non muslem, kod ini diketahui oleh orang tertentu sahaja, dan kini telah dibongkar oleh insan yang peka dengan isu ini, jauhi makanan yang mengandungi kod seperti dibawah :

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E48...2, E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

sumber : http://www.apadmedia.com/tazkirah/halal-dan-haram/kod-babi-pada-makanan-berkemas/

Isnin, 15 Februari 2010

Dah tenat, tambah tenat

Isu GST masih belum dijawab sepenuhnya oleh pencadangnya iaitu kerajaan BN sendiri, namun kesan buruknya amat jelas, belum pun usul ini dilaksanakan, sudah ada di kalangan rakyat Malaysia menerima kesan kekejaman kemelesetan ekonomi, mereka langsung tidak memikirkan golongan yang dibuang kerja ini, apa yang difikirkan hanya mahu mencari punca kewangan negara dengan mengabaikan kebajikan rakyat, oh ya, saya terlupa, mereka dan kapal-kapal mereka ada menyatakan, rakyat tidak boleh dimanjakan dengan memberi kebajikan sana dan sini, nanti mereka tidak mampu berdikari, ikuti analisisnya dari web blog seorang MP PR tentang hal penting ini.


Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Badan Bertindak Anti-GST Pakatan Rakyat.
Sekali lagi Menteri Kewangan Kedua membuat pengumuman tentang GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan. Umum mendapati bahawa terlalu banyak kekeliruan dan tidak pernah dibentang secara penuh maklumat tentang hal GST ini.
Hakikat ini diakui oleh beberapa pihak perunding professional termasuk persatuan seperti Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) seperti didedahkan oleh pelbagai penulisan majalah bisnes dan ekonomi tempatan seperti ‘The Edge Malaysia’, Malaysian Business, Star Biz, dll.
Pengumuman mutakhir ini menyebutkan sekali lagi bahawa sejumlah 40 barangan dan perkhidmatan asas seperti bahan makanan, kediaman, pendidikan, perkhidmatan, pengangkutan awam dan penggunaan bekalan air dan elektrik pada kadar tertentu tidak tertakluk kepada GST.
Umum perlu tahu bahawa apakah barang dan khidmat yang terkecuali dan mendapat pelepasan (tax exempted) dan apa pula yang berkadar sifar (zero rated) serta pihak yang terlibat dalam seluruh rantaian perniagaan juga mahu tahu apa yang dimaksudkan dengan pembayaran balik cukai (refund). Pokoknya masih banyak perkara yang kabur, termasuk faktor sistem pengurusan GST ini yang amat rumit dan cukup‘complicated.
Namun dalam peralihan sistem, khasnya GST, pengurusan dan proses pendidikan itu akan tentunya memakan waktu. Pengilang, pemborong mahupun perunict ingin tahu tentang kekerapan bayaran atau pun tuntutan atau bayaran balik yakni sistem refund, andainya cukai ‘input’ melebihi ‘output’, yang kesemua ini akan mempengaruhi aliran tunai mereka .
Dikatakan bahawa sistem cukai adalah lebih efisien dan dapat mengelakkan ketirisan dan amalan pengelakkan cukai (tax evasion dan avoidance). Dikatakan juga bahawa penyata cukai GST perlu diisi oleh pembayar cukai sebanyak 4x setahun dan peniaga tentunya memerlukan satu sistem yang cekap bagi mengurus urusniaga harian perniagaan. Hanya entiti perniagaan yang jualannya melebihi RM500,000 setahun atau RM41,600 sebulan sahaja yang tetakluk kepada sistem cukai GST. Ini masih memerlukan pelbagai penjelasan kerana peniaga juga bijak mengelak dari terkena cukai. Sebaliknya ada hal yang mungkin menggalak peniaga membayarnya kerana ada insentif lain disegi rebat. Itu pun tidak jelas.
Pun begitu, dari perspektif Badan Bertindak Anti-GST Pakatan Rakyat, bantahan dan tentangan kami adalah jelas dan tegas.
Kami sedar bahawa kerajaan BN menanggung bebanan hutang kerajaan Persekutuan yang tinggi (RM 348bilion atau 54% dari KDNK) pada tahun 2009. Peningkatan RM50.5 bilion berbanding 2008 ini merupakan tambahan hutang sebanyak 450% berbanding peningkatan RM9.2 bilion dalam tahun 2005 atau 4 tahun lalu.
Pada waktu yang sama sudah 13 tahun kerajaan Pusat mengalami defisit belanjawan dan telah membelon 7.4% dari KDNK pada tahun 2009, meskipun yg diramal hanya 3.6% pada pembentangan Bajet dalam tahun 2008. Kini kerajaan Pusat sangat-sangat tertekan dan tidak punya pilihan lain kecuali untuk mendapat sumber pendapatan baru.
Pergantungan kepada hasil minyak dan gas Petronas sudah sampai kepada paras tidak wajar. Petronas menyumbang 44.6% (RM67.8bilion) dari hasil pendapatan negara dalam tahun 2009, berbanding 20.1% (RM19bilion) dalam tahun 2004. Lonjakan kebergantungan melebihi 100%.
Dua perkara dilakukan dalam bajet 2010 bagi menambah pendapatan. Pertama mengurang subsidi dan kedua mengambil pendekatan menambah pendapatan dari sistem cukai. Pendekatan Fiskal ini tentunya meninggalkan pelbagai kesan langsung dan tidak langsung .
Ura-uranya kerajaan juga akan menggunakan kaedah Monetari juga dengan menaikkan kadar faedah (interest rate) yang telah pun mula diwawarkanoleh Bank Negara Msia (BNM). Namun ia tidak mendatang peningkatan hasil atau pendapatan yang langsung atau segera. Cuma ia dikatakan satu proses ‘normalisation’ bagi mengambil kira persikataran ekonomi dan kewangan global atau serantau yang telah berubah termasuk kadar inflasi dan nilai matawang (forex), supaya negara kekal kompetitif.
Badan Bertindak GST sekali lagi menegaskan bahawa tentangan kami adalah jelas. Kami tidaklah menentang GST di segi sistem pencukaian baru, meskipun ia tetap bersifat ‘regresif’ atau memangsakan golongan berpendapatan rendah dan mungkin menguntungkan golongan berpendapatan tinggi.
Namun kerana sistem cukai ini adalah berdasarkan kepada ‘consumption’ atau perbelanjaan, maka ia mampu dicerakin dan diatur untuk mengelakkan kesan dan akibat ’regresif’ tersebut. Sekarang ini pun kerajaan telah mula meneliti seperti diwawarkan oleh Menteri di atas. Maka lebih banyak berbelanja lebih bayaran cukainya. Orang miskin tidak berbelanja banyak. Itu difahami umum.
Akan tetapi kalau terlalu banyak barang-barang keperluan dan perkhidmatan seperti yang disebutkan oleh Menterinnya mahu dikecualikan atau diberikan ’pengecualian’ atau ’sifar cukai’ maka matlamat untuk mendapatkan penambahan pendapatan sebanyak RM1bilion dari sistem cukai GST ini berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang lama (SST) akan pasti tidak kesampaian. Ini menjadikan segala susah payah pengenalan sistem cukai ini tidak tersasar dan matlamat ini tidak tercapai.
Mentelahan kadar cukai jualan lama ialah 5% dan kadar cukai perkhidmatan lama ialah 10% dan kadar cukai GST bermula dengan 4%. Ataukah Menteri akan menggunakan ini sebagai alasan dan sebab untuk menaikkan kadar GST dalam waktu yang terdekat. Kuasa ini telah diperuntukkan dalam Rang-Undang GST ini. Menteri boleh dalam klausa rang undang-undang 10 (2, a dan b) melalui perintah yang disiarkan dalam ’Warta’ (a) menetapkan kadar cukai yang akan dikenakan ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan dan (b) Mengubah atau meminda kadar cukai.
Ini mencemaskan rakyat dan Pakatan!
Sebab itu, Badan Bertindak Anti-GST Pakatan bertegas dengan pendirian kami bahawa pengenalan GST ini mestilah didahulukan dengan memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Mengizinkan rakyat mengalami apa yang disebutkan dengan isitilah peralihan kepada ’regim pendapatan yang lebih tinggi’ dengan ekoonomi negara keluar dari perangkap ”regim berpendapatan rendah-sederhana’, dalam satu model ekonomi baru yang akan dibentang kan oleh kerajaan.
  2. Kerajaan mesti berani untuk melonjakkan negara dengan peralihan ini dan tentunya ia mesti disekalikan dengan meningkatkan produktiviti dan kegiatan nilai-tambah yang lebih tinggi berdasarkan dan berbekalkan warga kerja yang berpengetahuan. Ini lah penegasan Badan Bertindak Ani-GST Pakatan dan pendekatan ini mesti mengambil kaedah yang integrated bersekali dengan reformsi sistem pendidikan yang lebih berdaya saing.
  3. Menutup punca-punca ketirisan dan kebocoran di segi ’delivery’ atau sistem penghantaran yang lebih eifisian dan efektif dengan menangani rasuah dan kronisme khususnya disegi kegiatan perolehan GLCs dan agensi-agensi kerajaan.
  4. Menghentikan pendirian yang bersifat berbolak-balik atau ’flip-flop’ khususnya dalam pengendalian projek-projek mega kerana tanggungan kos pinjaman dan kewangan yang tinggi seperti yang berlaku dalam kes ’landasan berkembar’, PKFZ dsbnya.

Kerajaan wajar faham bahawa negara belum benar pulih dan akan mengalami pelbagai kesan dari pengurangan peruntukan belanjawan 2010. Mutakhir, kesan kepada sektor pendidikan dan pelbagai impak buruknya telah mula disaksikan. Juga perlu diingatkan kepada kerajaan bahawa seandainya rakyat dan pengguna takut berbelanja maka ‘kuasa membeli’ rakyat dan ‘consumption’ atau perbelanjaan rakyat juga akan merosot sekaligus menjejaskan ‘permintaan’ (demand-side economics) kepada barangan dan perkhidmatan dan akan membawa kesan negatif kepada aspek ‘pembekalan’ (supply-side economics). Dengan kata lain keseluruhan ekonomi yang masih lagi dalam proses pemulihan (recovery) akan terjejas! Sekali lagi persoalan penentuan masa atau “timing’ dalam hal ‘mengurus perubahan’ adalah penting dan kritikal.
Seterusnya, saya ingin ingatkan kerajaan ’Apakah mereka sedar akan akibat dari potongan belanjawan 2010, pelbagai kesan sedang ditanggung oleh rakyat, khususnya pendidikan dan sektor awam. Ada pihak awam yang memotong sehingga keparas 20% perbelanjaan mereka. Kesemua ini akan menggigitkan dalam tahun 2010 ini. Cuepac telah mengkritik kerajaan kerana memberhentikan 5000 pekerja kontrak yang telah berkhidmat selama 10-15 tahun.
Pada waktu yang sama CAP telah melaporkan bahawa barang barang keperluan harian mengalami peningkatan sehingga 40-140% dalam satu tinjauan yang mereka lakukan. Ini meletakkan persoalan untuk menangani ‘one-off’  inflasi akibat pengenalan GST apabila ia dilaksanakan menjadi satu bahan jenaka, kerana ada atau tidak GST, jelas inflasi tak boleh dikawal kerajaan. Tambahan kalau dengan GST yang dikenakan dengan tidak mencermati keperluan rakyat, maka akan bertambah parah lagi.
Terlalu banyak tandatanya yang belum terjawab. Jelasnya bagi Badan Bertindak Anti-GST, persoalan ‘timing’ atau masa perlaksanaan adalah sangat-sangat dipertikaikan. Kami harap perkara ini diambil perhatian secara serius sebelum sekali lagi, kesan daripada kesilapan tindakan polisi, akan berlaku kesan rantaian, seperti yang dilakukan kerajaan semasa menaikkan harga bahan bakar, petrol dan diesel apabila menarik baik subsidi pada Jun 2008 dahulu. Apakah GST akan mencetuskan impak buruk yang sama kepada rakyat dan negara?
Buktikan Rakyat DiDahulukan!

Adab membaca Al-Quran


Al Qur’anul Karim adalah firman Allah yang tidak mengandung kebatilan sedikitpun. Al
Qur’an memberi petunjuk jalan yang lurus dan memberi bimbingan kepada umat manusia di
dalam menempuh perjalanan hidupnya, agar selamat di dunia dan di akhirat, dan dimasukkan
dalam golongan orang-orang yang mendapatkan rahmat dari Allah Ta’ala. Untuk itulah tiada
ilmu yang lebih utama dipelajari oleh seorang muslim melebihi keutamaan mempelajari Al-
Qur’an. Sebagaimana sabda Nabi shallallohu ‘ alaihi wa sallam, “Sebaik-baik kamu adalah
orang yg mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari)

Ketika membaca Al-Qur’an, maka seorang muslim perlu memperhatikan adab-adab berikut
ini untuk mendapatkan kesempur naan pahala dalam membaca Al-Qur’an:

1. Membaca dalam keadaan suci, dengan duduk yang sopan dan tenang.
Dalam membaca Al-Qur’an seseorang dianjurkan dalam keadaan suci. Namun,
diper bolehkan apabila dia membaca dalam keadaan terkena najis. I mam Haromain berkata,
“Orang yang membaca Al-Qur’an dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan
hal yang makruh, akan tetapi dia meninggalkan sesuatu yang utama.” (At-Tibyan, hal. 58-
59)

2. Membacanya dengan pelan (tartil) dan tidak cepat, agar dapat menghayati ayat yang
dibaca.

Rosululloh bersabda, “Siapa saja yang membaca Al-Qur’an (khatam) kurang dari tiga hari,
berarti dia tidak memahami.” (HR. Ahmad dan para penyusun kitab-kitab Sunan)
Sebagian sahabat membenci pengkhataman Al-Qur’an sehari semalam, dengan dasar hadits
di atas. Rosululloh telah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatam kan Al-
Qur’an setiap satu minggu (7 hari) (HR. Bukhori, Muslim). Sebagaimana yang dilakukan
Abdullah bin Mas’ud, Utsman bin Affan, Zaid bin Tsabit, mereka mengkhatamkan Al-Qur ’an
sekali dalam seminggu.

3. Membaca Al-Qur’an dengan khusyu’, dengan menangis, karena sentuhan pengaruh
ayat yang dibaca bisa menyentuh jiwa dan perasaan.
Alloh Ta’ala menjelaskan sebagian dari sifat-sifat hamba-Nya yang shalih, “Dan mereka
menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.” (QS. Al-
Isra’: 109). Namun demikian tidaklah disyariatkan bagi seseorang untuk pura-pura menangis
dengan tangisan yang dibuat-buat.

4. Membaguskan suara ketika membacanya.
Sebagaimana sabda Rasulullah shallallohu ‘alaihi wa sallam, “Hiasilah Al-Qur’an dengan
suaramu.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim). Di dalam hadits lain dijelaskan, “Tidak
termasuk umatku orang yang tidak melagukan Al-Qur’an.” (HR. Bukhar i dan Muslim).
Maksud hadits ini adalah membaca Al-Qur’an dengan susunan bacaan yang jelas dan terang
makhraj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar dari ketentuan kaedah
tajwid. Dan seseorang tidak per lu melenggok- lenggokkan suara di luar kemampuannya.

5. Membaca Al-Qur’an dimulai dengan isti’adzah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala ber firman yang artinya, “Dan bila kamu akan membaca Al-
Qur’an, maka mintalah perlindungan kepada Alloh dari (godaan-godaan) syaitan yang
terkutuk.” (QS. An-Nahl: 98)

Membaca Al-Qur’an dengan tidak mengganggu orang yang sedang shalat, dan tidak perlu
membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. Bacalah
dengan suara yang lirih secara khusyu’.

Rasulullah saw bersabda, “Ingatlah bahawasanya setiap dari kamu
bermunajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah seorang dari kamu mengganggu yang lain,
dan salah seorang dari kamu tidak boleh bersuara lebih keras daripada yang lain pada saat
membaca (Al-Qur’an).” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Baihaqi dan Hakim).

Hijrah yang boleh diambil contoh oleh sesama makhluk Allah SWT

Baru2 ini terbaca satu artikel yang menceritakan pada satu hari seorang pelayar bot terlihat sekumpulan besar ikan pari dilaut sedang berhijrah ke suatu tempat yang dipercayai lebih sesuai dari segi suhu haiwan laut ini.

Kemungkinan disebabkan perubahan iklim yang mendadak disebabkan oleh pemanasan global yang sedang berlaku sekarang, selalu juga terfikir, bila haiwan2 ini mengadakan sidang atau perjumpaan untuk berbincang bersama bagi mencadangkan kemanakah lokasi baru bagi haiwan2 ini membentuk satu habitat baru, perlu ambil kira faktor keselamatan, jaminan penerusan hayat kesemua haiwan2 ini, terfikir hal ini disebabkan terlalu banyak jumlah pergerakannya.

Mungkin kita sebagai makhluk juga yang bergelar insan juga boleh ambil manfaat bersama, apabila sesuatu lokaliti itu gagal mencapai status selamat untuk long term bagi komuniti setempat, maka amat perlu ahli yang bernaung dimana2 pelusuk daerah bertindak untuk tukar sesuatu yang dikira patut ditukar (patutkah @ amat perlu).

Dulu pemimpin kita buat satu dasar pandang ke rakan asia kita iaitu  negara Jepun, mereka telah mengorak langkah dalam hal2 kemajuan teknologi dan hal2 kebendaan, tetapi malangnya ia sudah dilupai, ini antara masalah bangsa melayu yang agak mudah lupa, tidak seperti orang Arab, mereka amat terdedah dengan makanan yang membantu proses mengukuhkan daya ingatan mereka, kurma, buah tin, buah zaitun madu, kismis sememangnya makanan harian mereka, makanan2 ini amat membantu ingatan manusia. keperluan untuk kita ambil contoh dari pelbagai aspek amat perlu, mereka telah menukar pemerintah asal mereka yang telah memerintah Jepun untuk sekian lamanya.

Jadi, untuk kita, bilakah anjakan paradigma bakal berlaku, mungkin minda orang melayu terlalu mundur, golongan yang mundur tersebut lebih dari separuh dari jumlah keseluruhan orang Melayu, aku mungkin telah berubah kepada minda yang maju, tugas memajukan minda umat Islam khususnya yang berbangsa Melayu bukanlah  mudah, yang telah menjakkan kaki ke Universiti pun belum tentu mendapat kemajuan minda hakiki, inikan yang lahir membesar, tinggal dan manjalankan kehidupan seharian di kampung, lagilah ketebalan ketidakmahuan untuk berubah amat tebal untuk dihakis.

Ada yang ambil jalan mudah dengan menyertai kelompok yang setiap hari menambah ketebalan itu, kononnya mahu membuat perubahan dari dalam, perbuatan yang telah digazetkan sebagai hendak mencuci bekas najis, tetapi dia terjun terus ke dalam najis itu, tidak bersihlah jawabnya, sekali dengan dia berendam kotor dengan najis itu. Perubahan tetap diperlukan, cuma perjuangan masih jauh untuk dinikmati oleh para pejuang dan orang yang tidak mempedulikan kenikmatan perubahan yang tulen, berubah angin Malaysia yang baru, Malaysia yang selamat, adil, penting untuk para pencinta kebenaran.
 
Kalau beliau boleh dilakukan sedemikian rupa, inikan rakyat

Sabtu, 13 Februari 2010

Pesan Imam Ghazali kepada anak perempuannya


Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.

sumber : http://idhamlim.blogspot.com/

Khamis, 4 Februari 2010

Antara BLACK dan WHITE

Hanya ingin menzahirkan apa yang kerap kali terfikir di benak fikiranku, samada ianya hanya mainan fikiran, ataupun saja-saja nak kacau pemikiran orang yang sedang membaca , ada 3 orang yang berkepentingan dalam gambar sepertimana di bawah.
adakah gambar ini sekadar hiasan? ye la kot

Apa yang pasti, salah seorang dari individu di bawah hanya memikir bagaimana punca segala masalah dapat ditiarapkan sebaik mungkin serta setidak-tidaknya, mereka yang menjadi ejen  punca segala masalah kepada rakyat akan tumpo bak kate orang perak pekat.

Bukan suatu kerja yang mudah dan senang-senang  je nak senang, kene ugut dan macam-macam lagi perkara yang perlu didepani. Tapi satu perkara penting yang harus diberi perhatian, setiap orang sedar tidak telah memeterai satu janji dengan Rabnya, samada mereka ingin terus bermujahadah memegang perjanjian tersebut, ataupun mereka hanya turutkan sahaja pelawaan hawa nafsu yang sentiasa inginkan dunia yang pastii, dia tidak ada yang boleh dibanggakan semasa di akhirat nanti.


 Ada dikalangan manusia kini sengaja buat2 tidak tahu potensi diri, sengaja melupakan kebolehan diri, itu mungkin dinamakan sebagai hidayah dari Allah. SWT Tidak semua yang sedar kemampuan diri untuk meninggalkan suatu yang boleh membenarkan kebatilan menerajui kehidupan mereka. Ayat di atas amat sesuai bagi 'golongan' yang dimaksudkan untuk sama2 direnungi dan dihayati.